Apakah stigma fesyen yang Zahirah ingin ubah dalam komuniti kini?
Saya ingin menukar naratif bahawa “wanita perlu berpakaian feminin“. Bagi saya, wanita zaman intelektual kini sudah boleh bebas dalam mengekspresikan diri mereka melalui fesyen. Tidak kira sama ada ia dalam kategori gaya maskulin atau apa sahaja, janji ia adalah eksperesi tentang diri anda.
Istilah feminin menggambarkan gaya wanita yang perlu berpakaian dengan imej sedia ada dan secara tidak sedar ini mewujudkan hubungan yang tidak sihat antara wanita dan badan mereka kerana tekanan masyarakat tentang bagaimana lazimnya “tubuh wanita yang harus dimiliki”.
Artikel berkaitan: 10 Fakta Menarik Tentang Chris Evans, Lelaki Paling Seksi 2022