Perarakan fesyen Royal Ascot sememangnya cukup iconik dan paling dinantikan oleh peminat keluarga Britain Diraja. EH! membariskan top fesyen topi yang terbesar, terang dan paling berani!
The Royal Ascot merupakan acara lumba kuda yang paling popular di Britain sejak ia diasaskan oleh Ratu Anne pada 1711. Sukan diraja ini berlangsung selama seminggu dan akan dihadiri oleh majoriti keluarga diraja Britain.
Walaupun Ratu Elizabeth tidak hadir pada hari pembukaan, acara sukan ini dimeriahkan dengan penampilan keluarga diraja yang lain seperti, Putera Charles, Puteri Anne, Puteri Beatrice, Peter Phillips, Zara Tindall dan banyak lagi.
Terdapat kod pakaian yang ketat di Royal Ascot. Lelaki diwajibkan memakai sut dan topi berwarna hitam atau kelabu. Manakala wanita perlu memakai topi yang kreatif dan pakaian yang menutupi bahu mereka.
Mari susuli fesyen Royal Ascot paling top pilihan EH!