FIFA Piala Dunia 2026 yang merentasi benua dan budaya, satu naratif lain turut mencuri perhatian di luar padang hijau iaitu fesyen.
Dari Mexico City, Toronto hingga Los Angeles, kehadiran selebriti antara paling dinantikan, kerana setiap kemunculan mereka sebagai satu runway yang penuh dengan pernyataan identiti fesyen FIFA Piala Dunia 2026 dan kuasa budaya pop.
Di era di mana sukan dan fesyen saling bertaut rapat, FIFA 2026 menjadi pentas di mana streetwear eksperimental dan couture moden bertembung dalam satu visual tontonan.
EH! throwback 7 fesyen selebriti paling mencuri perhatian di FIFA Piala Dunia 2026:

Katy Perry
Katy Perry tampil memukau di majlis pembukaan FIFA World Cup 2026 di Los Angeles apabila menyampaikan lagu Wonder bersama penyanyi muda Norway berusia 10 tahun, Tius. Beliau mengenakan gaun sequin silver daripada koleksi Stella McCartney Fall/Winter 2026 dilengkapkan dengan aksesori perak serta kasut wedge lutsinar.

Shakira
Shakira kembali mencuri perhatian di pentas pembukaan FIFA World Cup 2026 di Mexico City Stadium dengan persembahan bertenaga lagu rasmi “Dai Dai” bersama Burna Boy. Tampil dalam busana custom Off-White berwarna neon kuning dengan gabungan bodysuit bercorak cut-out, skirt mini daripada jersi bola sepak, serta kasut high-top berplatform, Shakira menyerlah dengan gaya sporty futuristik yang sesuai dengan koreografi agresifnya.

Ejae
EJAE membuat penampilan istimewa di majlis pembukaan FIFA World Cup 2026 di Mexico City apabila berduet dengan tenor terkenal Itali, Andrea Bocelli, menerusi lagu rasmi kejohanan “DNA”. Penyanyi yang juga dikenali melalui lagu “Golden” dari KPop Demon Hunters itu tampil anggun dalam gaun biru tanpa lengan dan turut mencuri perhatian apabila menyanyikan baris dalam bahasa Korea, “Although I fall, I stand up again.”

Tyla
Tyla mencuri perhatian di FIFA World Cup 2026 dengan dua penampilan berbeza.
Pertama, persembahan bersama Mzansi Youth Choir pada perlawanan Mexico vs South Africa di Mexico City Stadium. Penyanyi Afrika Selatan itu tampil dalam gaun custom Ellie Misner yang diinspirasikan bendera negaranya, lengkap dengan aksesori elegan dan kasut moden, serta padanan manicure bertemakan sama.
Untuk persembahan keduanya di Los Angeles Stadium bersama Future sebelum perlawanan USA menentang Paraguay, Tyla tampil dengan gaya lebih santai dan sporty, mengenakan seluar velvet longgar serta crop top putih-biru dengan motif bintang di bahagian lengan, berbeza daripada penampilan awalnya yang lebih formal dan diinspirasikan bendera Afrika Selatan.

Lisa BLACKPINK
LISA mencipta detik bersejarah di majlis pembukaan FIFA World Cup 2026 di SoFi Stadium, Los Angeles apabila mempersembahkan lagu “Goals” bersama Anitta dan Rema. Tampil dalam busana serba putih berkonsepkan kulit khas bersama but platform tinggi rekaan Ssimeez dan aksesori Zana Bayne, LISA menyerlah dengan gaya futuristik dan edgy yang selari dengan persembahan pentasnya. Penampilan ini turut mencatat sejarah apabila beliau menjadi artis wanita K-pop pertama dan artis Thailand pertama yang membuat persembahan di pentas pembukaan Piala Dunia FIFA.

Burna Boy
Burna Boy mengenakan busana denim daripada Campillo Fall 2026 yang dihiasi perincian helang perak buatan tangan oleh artisan di Mexico City.
Pilihan rekaan ini dianggap sangat sesuai dengan tema acara kerana simbol helang merupakan salah satu lambang nasional Mexico, sekali gus menghubungkan artis Nigeria itu dengan negara tuan rumah melalui elemen kraf dan budaya. Siluet oversized yang dipakai turut mengekalkan identiti gaya Burna Boy yang santai tetapi berkarakter dan kelihatan autentik,tidak terlalu formal.

Salma Hayek
Salma Hayek selaku Duta Piala Dunia memainkan peranan utama di majlis pembukaan FIFA World Cup 2026 di Mexico City apabila mempengerusikan Parade of Nations dan menyampaikan ucapan dalam bahasa Sepanyol. Beliau tampil anggun dalam sut merah tua custom Gucci yang dipadankan dengan blouse bercorak Gucci Flora serta aksesori barang kemas Boucheron, termasuk brooch berlian yang menonjolkan elemen mewah dan simbolik.
Penampilan merah tersebut turut dianggap sebagai penghormatan kepada budaya Mexico, selari dengan tema perpaduan kejohanan yang menghimpunkan 48 negara dari seluruh dunia bersama Kanada dan Amerika Syarikat.
Baca: Nike Menampilkan Barisan Bintang Tersohor untuk Kempen Piala Dunia FIFA 2026 “Rip the Script”.
