Beg di Loewe banyak yang berstatus It-Bag, kerana mereka bijak mengeluarkan bentuk beg yang tidak mengikut aliran semasa. Juga, Loewe itu sendiri adalah master dalam penghasilan barangan kulit. Kali ini, fokus Jonathan Anderson, selaku pengarah kreatid buat jenama ini adalah untuk mengembalikan kegemilangan beg Flamenco Loewe. Saban musim, beg ini sering muncul dalam material dan rona yang indah-indah. Masuk musim luruh 2021, Anderson menambah ahli keluarga Flamenco dalam dua saiz yakni XL dan beg bersaiz nano.
Beg ini pertama kali diperkenalkan pada 1984, mendapat namanya daripada seni jahitan pada dress wanita. Alunan seni rekaan itu dipersembahkan pada rekaan kedutan beg. Ia pula diperbuat menggunakan material kulit Nappa, satu fabrik yang cukup lembut. Kemasan beg ini so soft like butter! Kali ini ditambah pula dengan dua saiz. Beg Flamenco Loewe saiz XL direka lebarnya hampur separuh meter. Ia boleh dijadikan beg untuk bercuti. Bahagian dalam veg XL ini diperkemas dengan fabrik herringbone cotton-canvas.
Beg yang direka cukup ringkas ini, mampu menaikkan seri cita minimalist kamu. Beg Flamenco Loewe ini juga boleh mencetuskan stail gaya yang berbeza-beza. Genggam talinya denga tangan, silangkan pada bahu atau kepitkan bawah tangan. Apa juga gaya, ia memberi simbol moden yang dicetuskan oleh Loewe.
Pautan Berkenaan: Louis Vuitton Musim Panas 2021, Jejaki Antisipasi Liburan