Sesuai dengan usianya yang muda, pelakon yang terkenal dengan lakonan yang semula jadi dan berkesan ini sememangnya menggemari stail yang ranggi dan kasual.
Mahu mengekalkan stail dirinya yang sebenar, Izni Jalil telah menyempurnakan gaya Sara Ali dengan koleksi denim yang terkini bersama dengan kasut high-cut dan bermain dengan aksesori yang menjadi kegilaan muda-mudi masa kini. Khas untuk anak muda di luar sana, kami hidangkan tiga gaya Sara Ali yang boleh anda jadikan inspirasi.
Kemeja T – Armani, Seluar – Levi’s, Gelang dan kasut – Nose.
Jaket – Levis, Seluar – Armani Exchange, Gelang – Nose.