Bersempena dengan musim percutian dan perayaan Natal, Fossil mempersembahkan koleksi yang dinamakan The Curious Set menampilkan rekaan yang lebih segar dan menarik. Penggunaan warna yang bertenaga dan terang membawakan aura ceria bersesuaian dengan suasana liburan hujung tahun. Berinspirasikan seni cut paper himpunan produk kulit hasil buatan tangan kali ini tampil lebih menarik sesuai untuk dijadikan hadiah bergaya buat insan yang istimewa. Terdiri daripada 3 set:
Curious Set For Her
Kaleido Set
Curious Set For Him
Ketiga-tiga set ini merangkumi item seperti jam tangan, barangan kemas, luggage tag, ornament, game set, handbag, clutch bag dan sebagainya.
Antara item yang menjadi perhatian di Curious Set For Her ialah 12 days of Jacqualine yang terdiri daripada seutas jam tangan dan 12 utas tali jam yang berbeza warna. Ia amat sesuai bagi anda yang ingin memadankan busana anda dengan jam tangan anda.
Berkonsepkan cut paper yang berwarna-warni, Kaleido Set juga merangkumi item seperti purse,handbag clutch bag dan coin purse dan yang paling menarik ialah jam tangan keluaran terhad yang berkonsepkan kaleidoscope yang sememangnya memukau.
Bagi set Curious Set For Him, beg sandang kulit, beg kerja kulit, shave kit bag, dan juga terdapat game set dan card deck bagi si dia yang gemar aktiviti santai kala bercuti. Antara pilihan menarik adalah robot ornament untuk digantung di beg pasti cetus gaya cerianya.
Selain itu, setiap set ini turut merangkumi iphone 6 case, passport case dan luggage tag yang diperbuat daripada kulit sesuai bagi anda yang bakal kembara dengan penuh gaya di musim cuti hujung tahun ini.