Potret hitam putih Jennie berpakaian dalam dan bercelana denim melengkapkan siri kempen Calvin Klein musim bunga 2024.
Dirakamkan oleh jurugambar fesyen ternama dunia, Mert Alas, Jennie beraksi nakal, seksi dan tampak yakin dalam pesona yang crazy, sexy, cool! Menerusi kempen Calvin Klein Underwear dan Jeans musim ini, vibes masih sama tetapi dinaikkan pada semangat dan energinya.
Musim ini Jennie beraksi dengan Intense Power, koleksi pakaian dalam berpotongan klasik dengan kemasan logo ikonik Calvin Klein yang lebih bold. Dia juga berpadanan dengan lingerie dari koleksi Minimalist yang membawa mesej yang lebih menggoda serta selesa.
Jika dilihat dalam video kempen ini, anda akan perasan Jennie juga ada menyarung 90s Straight Jeans, helaian dari koleksi ini disempurnakan dengan celana denim yang lebih nostalgik, bersahaja dan lebar potongan yang sedap-sedap dipakai.
GAYA COOL JUNG KOOK
Muncul dalam balutan celana denim 90s Straight Fit Jeans bersama Oversized Monogram T-shirt, anggota BTS, Jung Kook menebar energi muda-mudi yang senang dengan helaian asas dan tetap nampak cool.
Musim ini Calvin Klein mahu kita relaks sahaja, tidak terlalu ‘acah-acah’ stylish, biar kekal dalam mood malar segar. Kita ‘chill’ sahaja, itu pun sudah memadai! Jennie dan Jung Kook ditata gayakan oleh Emmanuelle Alt untuk kempen musim bunga Calvin Klein ini.
Anda boleh lihat koleksi penuh Calvin Klein musim bunga di pautan INI!
BACA: 8 Foto Hot Jeremy Allen White Untuk Calvin Klein Underwear