Siapa selebriti yang menangkap lensa fesyen di Schiaparelli Fall/Winter 2026 Haute Couture?
Seperti tradisi yang sentiasa dinanti setiap kali Paris Haute Couture Week berlangsung, Maison Schiaparelli sekali lagi mengubah Place Vendôme, Paris menjadi pentas eksklusif yang menghimpunkan barisan selebriti A-list, editor fesyen serta figura paling berpengaruh dalam industri.
Paris Haute Couture Week kembali membuka tirainya dengan penuh dramatik apabila Maison Schiaparelli sekali lagi diberi penghormatan sebagai rumah fesyen yang memulakan minggu couture di Place Vendôme, Paris.
Di bawah sentuhan kreatif Daniel Roseberry, koleksi Fall/Winter 2026 Haute Couture bertajuk The Abyss mengangkat inspirasi daripada dunia lautan, elemen surrealism dan seni arca moden menerusi siluet luar biasa, fabrik berkilauan serta perincian organik yang seakan-akan hidup.
Barisan front row menjadi pelengkap sempurna seperti ‘manisan’ buat persembahan Schiaparelli, apabila setiap selebriti hadir dengan interpretasi gaya yang berani, artistik dan sarat identiti:

Bad Bunny tampil dengan persalinan custom Schiaparelli rona butter yellow. Sut berpotongan bahu lebar dipadankan bersama seluar high-waisted, kemeja sutera putih serta tali leher jalinan rambut emas (braided hair tie) yang menjadi kod ikonik Schiaparelli. Penampilannya turut dihiasi beberapa kerongsang emas berbentuk keyhole, mata dan motif peribadi yang merujuk kepada era muziknya, selain tali pinggang kulit buaya hitam dengan moon buckle emas dan but koboi bertumit. Keseluruhan gaya menggabungkan elemen surrealism, Western dan ekspresi artistik yang cukup berani.

Michelle Yeoh memilih estetika yang lebih sofistikated menerusi persalinan Schiaparelli berstruktur kemas dengan aksesori emas berskala besar yang menjadi identiti rumah fesyen itu.

Emma Corrin terus mengekalkan reputasinya sebagai ikon fesyen avant-garde. Penampilannya menampilkan siluet arca dengan aksesori emas dramatik serta beauty look yang minimal. Ia surrealist Schiaparelli – mengekalkan identiti gender-fluid yang sinonim dengan Corrin.

Vera Wang tampil dalam mini dress kelabu tanpa lengan yang dipadankan bersama sculptural pleated vest hitam. Beliau melengkapkan gaya dengan stoking hitam, but tinggi Christian Louboutin, cermin mata hitam bersaiz besar serta tas tangan surrealist.

Chiara Ferragni hadir dalam persalinan Schiaparelli yang menggabungkan siluet feminin bersama perincian emas berseni. Penampilannya menampilkan estetika mewah yang tidak berlebihan.
