Terkenal dengan gaya rambut keriting dan gelagat spontannya, pengacara televisyen ini mempunyai bakat, personaliti dan karisma untuk terus mewarnai persada televisyen negara. Ikuti temubual kami bersama Fiza Saad.
Apakah rancangan terkini tentang karier Fiza?
Saya dalam perancangan untuk mengeluarkan produk sendiri yang berkaitan dengan penjagaan rambut. Memang ambil masa yang lama kerana seorang yang cerewet, saya mahu sesiapa yang menggunakan produk ini nanti akan berpuas hati dan kekal menggunakannya kerana kualiti yang produk yang bagus.
Bagaimanakah gaya peribadi anda?
Sangat ringkas. Hanya memakai kemeja-t, seluar pendek dan selipar. Tapi untuk acara lebih formal, saya sukakan material yang flowy dan lembut.
Apakah trend fesyen kegemaran anda kini?
Tiny, micro bag! Ia comel dan saya hanya perlu bawa item yang penting sahaja seperti MyKad, kad bank, lesen dan sedikit wang tunai.
Trend fesyen yang anda mahu cuba sekarang?
Trend warna blok dan warna-warna terang kerana mahu mendapatkan perhatian. Saya juga merasakan kulit saya sangat sesuai untuk menggayakan trend itu.
Item fesyen kegemaran anda?
Kasut tumit, kasut dan aksesori kepala kerana nothing can go wrong with good shoes and headbands. Saya tidak pandai memakai aksesori lain kerana saya merasakan ia seperti tidak sesuai dengan stail saya.
Apakah label dan pereka fesyen kegemaran anda?
Saya gemarkan rekaan kasut tumit Christian Louboutin dan Giuseppe Zanotti, juga aksesori kepala Prada sama seperti Scha Alyahya. Manakala, Ivan Young pula merupakan pereka fesyen kegemaran kerana saya sukakan sutera selain Syomirizwa Gupta yang lain dari yang lain.
Trend fesyen kini yang anda tidak berani cuba?
Belt bag.
Siapakah ikon fesyen anda?
Sudah tentu Scha Alyahya dan Marion Caunter. Jika mereka pakai baju lusuh pun mereka akan kelihatan seperti memakai baju dari label mewah.
Foto: Xiang Penyelaras, penata gaya & teks: Muzammin Muzlan Arahan Seni: Khairani Ramli & Estee Ereeza Solekan & Dandanan: Sahir Sabri