Wanita dan kasut tidak dapat dipisahkan! Ringan, klasik dan moden ilham terbaru Nike AF-1 Shadow. Nampaknya mungkin ini hadiah hujung tahun untuk anda!
Untuk musim cuti 2019, Nike menampilkan ilham terbaru untuk kasut ikonik Air Force 1. Rekaan lebih segar dan siluet lebih yakin nan bakal mencuit perhatian. Setiap rekaan baru yang ditampilkan adalah mengambil inspirasi daripada perspektif wanita yang mahukan sesuatu yang unik.
Cipta momen gaya berlainan bersama koleksi eksklusif Air Force 1 antaranya Shadow, Shell dan Reflective. Setiap koleksi ada elemen berbeza yang pasti akan memikat hati anda kerana ia membawa ekspresi unik dari segi bentuk dan rekaannya