Siapa kata hanya Superman boleh jadi hero? Dengan Edisi Khas Carlo Rino Superman, kini tiba masanya untuk anda menyerlah dengan gaya yang anggun, berani dan penuh keyakinan.
Jenama aksesori fesyen tempatan, Carlo Rino telah melancarkan koleksi terbaharu, membawa gaya adiwira ke dalam aksesori harian. Koleksi khas yang diinspirasikan daripada filem “Superman” ini menampilkan rangkaian lengkap beg tangan, dompet dan item gaya hidup yang menggabungkan estetika komik ikonik dengan sentuhan fesyen kontemporari.
Koleksi edisi khas ini bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol kekuatan diri dan gaya ikonik yang mencerminkan keberanian serta keanggunan wanita moden. Sama ada anda melalui hari yang sibuk di pejabat atau bersantai menjelajah kota, koleksi ini memastikan anda kekal menyerlah dalam setiap langkah.
Setiap wanita memiliki kuasa tersendiri, koleksi ini dicipta khusus untuk meraikan kekuatan itu dengan sentuhan feminin yang memikat. Jadi, gayakan aksesori ini dan biarkan dunia melihat bahawa anda adiwira sebenar.
Aksesori ini diinspirasikan daripada estetika berani Superman sambil menampilkan logo ikonik Superman secara halus dan bergaya. Koleksi ini bertujuan untuk menawarkan rekaan edgy dan trendy yang mampu menarik minat peminat komik serta penggemar fesyen yang mencari aksesori penuh statement.
Empat warna utama, empat karakter
Kuning
Rekaan logo Superman yang dijahit kemas menjadikan tekstur beg ini begitu menarik dan unik. Dilengkapi tag gantung yang menyerlah, ia sesuai untuk si berani yang sukakan tumpuan!
Merah Jambu
Stail emblem patch Superman pada beg ini mencipta gaya yang bold dan menyerlah. Diperbuat daripada kulit sintetik yang lembut, sangat sesuai untuk si manis yang playful dan penuh tenaga.
Perak
Tampil eksklusif dengan pilihan rekaan logo quilted atau patch, bergantung pada rona pilihan anda. Dilengkapi tag logam Superman berwarna merah yang ikonik, aksesori ini adalah pelengkap gaya wajib untuk pencinta koleksi edisi terhad.
Biru Gelap
Terserlah aura misteri dan keyakinan dengan rekaan biru gelap yang elegan. Logo Superman yang dijahit halus memberi sentuhan sofistikated, manakala tona gelap menambah elemen versatil yang mudah digayakan siang atau malam. Sesuai untuk si tenang yang penuh kekuatan dalaman, bak hero sejati dalam diam.
Bukan itu sahaja, koleksi ini juga hadir bersama topi dan sniker yang akan melengkapkan gaya anda dari atas ke bawah.
Sama ada anda seorang fashionista, peminat superhero atau sekadar ingin suntikan kuasa baharu dalam gaya hidup harian, Edisi Khas Carlo Rino Superman adalah pilihan yang tepat.
Terokai koleksi Carlo Rino di butik berhampiran anda atau klik di pautan ini!
Baca: Gabungan Futuristik dan Retro, Coach Airways Kini Berwajah Baharu!