Epix Gen 2
Epix didatangi dengan tiga siri edisi berlainan, Slate Steel, Black titanium dan White Titanium yang dilengkapi dengan lebih empat puluh aplikasi terbina di dalam jam tangan mewah ini.
Bagi yang menggemari jam tangan ‘fesyen’ dan ingin menonjol dengan perbezaan, Epix Gen 2 adalah untuk anda! Jam siri pintar ini hadir dengan teknologi skrin sentuh seperti telefon dan interaksi peta yang memudahkan urusan harian anda. Bateri jam tangan ini mampu bertahan selama 16 hari dan dilengkapi dengan perincian SOS ketika kecemasan.
Pemilihan pemetaan canggih TopoActive yang terbina dalam jam tangan Epix Gen 2 membolehkan anda untuk melakukan navigasi dengan yakin.
Direka untuk seiring dengan gaya hidup masa kini, Epix Gen 2 ini tersemat dengan paparan AMOLED 1.3 yang mampu menerangi jam tangan anda meskipun di bawah cahaya matahari yang terang. Didatangi dengan kandungan premium, penampilan jam tangan boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda melalui pilihan paparan nilam, bezel titanium atau bezel keluli tahan karat.
Layari Garmin untuk pembelian dan maklumat lanjut.