Menurut portal Page Six, akaun Instagram Marilyn Monroe Collection memuat naik beberapa foto perbandingan gaun itu yang kini dipamerkan di muzium Ripley’s Hollywood.
Ia dilaporkan mengalami kerosakan ketara di mana beberapa kristal telah tertanggal dan juntaian benang yang longgar pada gaun tersebut jelas kelihatan. Terdapat juga carikan fabrik yang menipis berdekatan bahagian zip.
Walaupun peminat meluahkan kekecewaan melihat Kim menyarung gaun ikonik itu di Met Gala, Muzium Ripley’s Belive It Or Not! sebagai pemilik memberi jaminan sebelum ini bahawa langkah berjaga-jaga telah pun diambil untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku.
Ibu kepada empat cahaya mata itu dilaporkan menyarung peninggalan Monroe hanya beberapa minit di karpet merah sebelum menukarnya kepada replika sebaik sahaja tiba di puncak tangga.