Pereka fesyen Bob Mackie, 82, sebelum ini menyifatkan tindakan Kim sebagai satu kesilapan besar dan mendakwa Marilyn satu-satunya insan yang layak mengenakan gaun berkenaan.
“Gaun itu dihasilkan khas buat Marilyn Monroe. Orang lain tidak patut dilihat menyarungnya,” kata Bob.
Dia membuat lakaran gaun tersebut ketika berusia 23 tahun sewaktu menjadi pembantu kepada pereka fesyen legenda, Jean Louis.
Marilyn menyarung gaun itu sewaktu menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 19 Mei 1962.
Baca: Apa Kaitan Gaun Met Gala 2022 Blake Lively Dengan Gossip Girl?