Madonna
Pelantun lagu La Isla Bonita ini ‘mengangkat’ pakaian dalam menjadi high fashion pada 1991. Dia menghadiri tayangan perdana filem In Bed with Madonna menyarung bra putih berbentuk kon yang dipadankan bersama celana pendek high-waisted rona sedondon. Gayanya diserlahkan lagi dengan kot merah jambu, anting-anting emas dan calitan gincu merah terang.