Bella Hadid
Bella menghadiri amfAR Gala anjuran Cannes pada 2017 dalam gaun jarang berkilau yang jelas menampakkan pakaian dalam. Persalinan itu menampilkan perincian tidak simetri dengan satu tali di atas bahu kanan manakala satu lagi tergantung di lengan kiri. Ia dihiasi dengan tatahan kristal indah dan bahagian bawah dress menampilkan belah tinggi hingga ke pangkal paha. Untuk melengkapkan stailnya yang glamor, Bella menggayakan bun tinggi dan menyarung kasut tumit bertali rona perak.