MTV EMA 2024 yang berlansung di Co-op Live Manchester, United Kingdom menampilkan para selebriti dengan gaya yang mencuri tumpuan di karpet merah, menonjolkan keberanian dan kreativiti dalam pemilihan fesyen mereka.
MTV Europe Music Awards (EMA) 2024, satu acara anugerah muzik yang diadakan setiap tahun oleh saluran televisyen MTV untuk mengiktiraf pencapaian terbaik dalam industri muzik di seluruh dunia. Acara ini menampilkan kategori-kategori yang berbeza, termasuk Anugerah Artis Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik, dan banyak lagi, serta penghargaan untuk artis dan karya dari pelbagai genre muzik. MTV EMA juga terkenal dengan persembahan secara langsung oleh artis-artis terkenal, dan ia sering diadakan di pelbagai lokasi di Eropah setiap tahun.
Pada tahun ini, MTV EMA menjadi platform penting untuk artis-artis muzik, dengan penonton dari seluruh dunia menyaksikan detik-detik penting yang melibatkan pemenang, persembahan langsung, dan detik menarik yang lain seperti gaya fesyen selebriti ini. Setiap selebriti mempersembahkan kombinasi fesyen yang penuh dengan karakter dan sentuhan peribadi, menjadikan acara itu sebuah perayaan gaya yang tak terlupakan.
Le Sserafim
Tyla
Penyanyi baru dari Afrika Selatan dan bintang fesyen, Tyla memberi penghormatan yang penuh gaya kepada legenda R&B, Aaliyah, dengan mengenakan gaun cetakan haiwan rekaan Roberto Cavalli SS25 RTW berwarna biru yang berani.
Selain itu, Tyla turut mempersembahkan lagu hitnya, Water dan PUSH 2 START, serta meraih kemenangan dalam tiga kategori, Best R&B Act, Best African Act, dan Best Afrobeats Act, menjadikannya malam yang penuh bersejarah untuk kerjayanya.
Rita Ora
Pengacara malam itu, Rita Ora,melangkah di karpet merah mengenakan gaun merah jambu pudar dari pereka kelahiran Riyadh yang berpusat di Paris, Ashi Studio.
Sepanjang malam, Rita tampil dengan pelbagai gaya, daripada jaket sukan adidas yang trendi hingga penampilan serba perak ala fembot yang memukau. Dia membuktikan kepelbagaian fesyennya, menonjol dengan setiap perubahan pakaian yang memikat dan penuh gaya.
Benson Boone
Raye
Penyanyi British, Raye pulang sebagai pemenang setelah meraih Anugerah Best UK & Ireland Act. Untuk karpet merah, dia menyarung gaun emas gelap yang elegan dengan hiasan sulaman di bahagian bawah, dipadankan dengan tumit jaring yang menambah sentuhan glamor pada penampilannya.
Shawn Mendes
Sebelum persembahannya di atas pentas, Shawn Mendes melangkah di karpet merah dengan penampilan sut hitam yang bergaya, membaluti kemeja berkolar yang dibiarkan terbuka dan loafer kulit untuk melengkapkan gayanya.
Jodie Turner-Smith
Jodie Turner-Smith, pelakon ini memukau di karpet merah dengan gaun biru diraja rekaan Robert Wun yang menawan, lengkap dengan lipatan yang sempurna dan ekor dramatik yang mengalir indah di belakangnya.
Dia memperlihatkan cita rasa yang tiada tandingan dengan melengkapkan penampilannya dengan aksesori kepala berbentuk seni serta sarung tangan yang dihiasi kuku, cincin, dan perincian yang serasi, menjadikan keseluruhan gaya itu begitu elegan dan memikat.
Bimini
Aaron Taylor-Johnson
Pelakon hot, Aaron Taylor-Johnson tampak bersedia untuk mengambil alih peranan 007 daripada Daniel Craig, kelihatan lebih bergaya daripada sebelumnya dalam sut burgundy yang dipotong rapi. Aaron memadankan sutnya dengan kemeja yang sepadan dalam warna yang sama, dan membiarkannya sedikit terbuka untuk mendedahkan dadanya.
Aaron melengkapkan penampilannya dengan loafer kulit berkilat, gelang emas, cincin yang sepadan dan anting-anting hoop.