Gaya rapper, Cardi B mencuri perhatian seluruh dunia apabila dia berpakaian sopan sepanjang berada di Arab Saudi untuk persembahannya di festival MDLBEAST Sounsdstorm.
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Cardi B menjadi salah seorang artis utama di festival MDLBEAST Soundstorm di Riyadh, di mana dia menyambut ribuan hadirin dengan ucapan tradisional Muslim.
Penampilannya turut tular apabila gaya seksi yang sinonim dengannya berubah kepada busana modest yang sopan, sekali gus meraih pujian ramai kerana menghormati budaya dan peraturan Arab Saudi.

Cardi B semasa di Solitaire Mall Riyadh, menyarung bodycon hitam dengan potongan halter, hood dengan sarung tangan yang dicantumkan yang memancarkan aura yang cukup mewah.

Cardi B di Instagramnya, menunjukkan dia sedang bersenam sambil memakai abaya bersama selendang di atas kepalanya.
Cardi B tampil bold dan glamor dalam bodysuit fuchsia berhiaskan kristal yang menyerlahkan lekuk tubuhnya ketika membuat persembahan di festival MDLBEAST Sounsdstorm.
Meskipun busananya ketat, ia masih kelihatan sopan dan sesuai dengan norma negara tersebut.
Baca: 6 Produk Yang Digunakan Untuk Merias Zara Larsson Sepanjang Jelajah “Midnight Sun”


