Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai, meninggalkan jejak penuh glamor dan gaya ikonik. EH! turut menghimpunkan gaya sorotan selebriti yang hadir di pentas fesyen berprestij ini, termasuk penampilan selebriti Malaysia.
Milan Fashion Week SS26 bukan sahaja menjadi medan global buat jenama fesyen ternama mempersembahkan karya terbaharu mereka, tetapi juga pentas gemilang yang memperlihatkan kehadiran selebriti dari seluruh dunia, termasuk bintang dari Malaysia yang semakin mendapat perhatian antarabangsa.
Antara sorotan paling mencuri tumpuan musim ini ialah kehadiran Daiyan Trisha, Eyka Farhana, dan Ameera Khan. Figura ini tampil mempesona dengan gaya tersendiri, masing-masing membawa aura “It-girl” yang memperlihatkan sisi segar fesyen Malaysia di mata dunia.
Kehadiran mereka bukan sekadar melengkapi barisan ‘front row’ bersama selebriti dan personaliti antarabangsa lain, tetapi turut menjadi simbol bahawa fesyen hari ini adalah medan dialog antara budaya, identiti, dan aspirasi. Selebriti lokal hadir bukan hanya sebagai penonton, sebaliknya sebagai wajah baharu yang membawa cerita Malaysia ke tengah-tengah Milan, membuktikan bahawa glamor tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dengan nama-nama besar dunia.
Max Mara
Fendi
Prada
Gucci
Onitsuka Tiger
Baca:
Sorotan Pilihan dari London Fashion Week SS26