Mengapa tidak untuk tampil bergaya walau dengan padanan baju-T polos? Hujung minggu ini pastikan gaya ‘malas’ anda disertakan dengan satu helaian statement yang longgar dan dapat menyerap peluh dengan baik. Oh ya, kunjungi butik DKNY Jeans dan dapatkan seluar denim perincian lencana yang hit musim ini!
Gambar: Aaron@Lenswork Studio
“ Pilihan gaya hujung minggu saya ringkas, berkutang putih, gandingan kemeja putih dan seluar denim longgar. Kasut pula jenis bersarung dari fabrik kapas. Tetapi sebelum keluar saya akan pastikan muka di sapu pelembap, salap bibir dan sedikit maskara sudah mencukupi. Jika punya masa, saya selalu berkunjung ke Amcorp Mall untuk membeli CD vintaj dan buku-buku yang berharga patut. Untuk pembaca EH!, saya sarankan elakkan mengenakan pakaian yang terlalu sendat malah utamakan keselesaan kala berhujung minggu.” Cristina Suzzane, Pelakon