Siapakah The Best Couple Dress di Met Gala tahun ini?
Acara fesyen paling berprestij dunia, Met Gala 2026, kembali mencuri perhatian apabila berlangsung pada 4 Mei 2026 di Metropolitan Museum of Art, New York, lokasi ikonik yang menjadi saksi pertembungan seni, budaya dan couture setiap tahun.

Dikenali sebagai “fashion’s biggest night out”, edisi kali ini mengangkat tema “Costume Art”, dengan dress code “Fashion Is Art” yang mengajak selebriti mentafsir fesyen sebagai karya seni hidup di atas karpet merah.

Di bawah pimpinan nama besar seperti Beyoncé, Nicole Kidman, Venus Williams dan Anna Wintour sebagai hos utama, Met Gala 2026 tampil lebih eksklusif dengan barisan tetamu A-list dari dunia fesyen, muzik dan hiburan.

Konsep tahun ini yang menggabungkan pakaian dengan elemen seni sepanjang 5,000 tahun sejarah menjadikan setiap penampilan bukan sekadar gaya tetapi sebuah ekspresi artistik yang mendalam.
Lebih menarik, karpet merah kali ini diolah seperti taman Renaissance yang romantik, menjadikan setiap pasangan selebriti seolah-olah berjalan dalam sebuah lukisan hidup.
Chemistry, pasangan ikonik dan Met Gala 2026, ini gaya selebriti couple yang paling ikonik:

Hugh Jackman dan Sutton Foster

Lauren Hashian dan Dwayne Johnson

Ben Stiller dan Christine Taylor

Adrien Brody dan Georgina Chapman

Felicity Blunt dan Stanley Tucci

A$AP Rocky dan Rihanna

Evan Spiegel dan Miranda Kerr

