Anugerah Juara Lagu ke-39 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur bukan saja meriah dengan persembahan memukau, juga dengan gaya fesyen finalis di atas pentas.
Detik bermakna buat tiga pengkarya muzik, Marsha Milan yang muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Lagu Hening Rindu telah diangkat sebagai lagu terbaik dengan penyampaian persembahan yang sangat menusuk jiwa. Penyanyi dan pemuzik hebat lain, seperti Nadeera dan Akim The Majistreet turut memenangi tiga teratas.
Selain berdebat tentang vokal, penghasilan lagu dan mutu persembahan, fesyen yang memeriahkan AJL39 juga menjadi perhatian. menampilkan konsep ekstravaganza menerusi tema “Nada Rasa”. Setiap finalis yang bertanding, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada krew-krew GLAM mereka untuk merangka imej-imej tertentu, bagi menepati konsep dendangan lagu. Di sini, EH! sajikan gaya fesyen finalis di AJL39.
Aina Abdul


Aina Abdul, tidak pernah mengelak daripada momen fesyen yang pelik dan dramatik. Menampilkan busana merah dramatik yang penuh simbolisme dan ekspresi seni rekaan Melinda Looi, gaun ini memiliki siluet besar dengan potongan ballgown yang meleret, dihiasi elemen tekstur menyerupai urat atau cabang merah yang menjalar di seluruh fabrik.
Hiasan motif mata, bibir, dan wajah pada kain memberikan kesan surreal dan avant-garde, mencerminkan emosi serta penceritaan dalam persembahannya. Aina melengkapkan penampilannya dengan hijab merah yang senada, mencipta visual yang berani dan ikonik.
Ernie Zakri


Gaya Ernie Zakri sangat mewah dan dramatik, dengan busana merah jambu bersulam emas serta manik yang elegan rekaan Amazae. Lengan tulle berlapis menambah efek avant-garde, manakala potongan skirt berstruktur memberi sentuhan moden. Hijab minimalis dengan aksesori bunga serta sarung tangan renda melengkapkan penampilan glamor dan sofistikated, sesuai untuk acara berprestij.
Marsha Milan


Gaya Marsha Milan di AJL 39 anggun dan dramatik dengan gaun hitam potongan duyung hautecouturebyri rekaan Faizul Surani. Bahagian atas minimalis, manakala skirt mengembang dengan tekstur unik, mencipta efek memukau. rambut sleek, menambah sofistikasi disempurnakan dengan solekan natural.
Nadeera


Gaya Nadeera di AJL 39 memukau dengan gaun putih avant-garde bersiluet mermaid dalam hautecouturebyri rekaan Faizul Surani. Dihiasi kelopak 3D bertaburan, busana ini memberi kesan romantik dan ethereal. Potongan berstruktur dengan lengan panjang dan leher tertutup menambah sofistikasi, sementara kain meleret mencipta drama.
Aisyah Aziz


Aisyah Aziz tampil dengan gaya yang sangat dramatik dan mewah AJL39 dalam gaun biru gelap dengan perincian sulaman emas yang rumit rekaan Khuntum, memberikan aura elegan.
Potongan gaun ini mempunyai siluet ikut badan dengan belahan tinggi pada bahagian depan, menampilkan lapisan kain mesh berwarna kulit yang juga dihiasi dengan sulaman emas. Lengan lebar dan dramatik yang dihiasi dengan motif floral emas menambahkan elemen avant-garde pada keseluruhan penampilan.
Selain itu, Aisyah juga mengenakan aksesori kepala unik berupa rantai manik keemasanrekaan Shamil Nazri, memberikan sentuhan moden kepada inspirasi fesyen klasik.
Baca: Momen Lucu, Menarik & Ikonik Berlaku Di Anugerah Juara Lagu 39