Bukan sahaja mencuri perhatian dengan vokalnya yang mantap, tetapi juga dengan gaya fesyennya yang luar biasa dan sering menjadi penantian & bualan ramai.
Setiap kemunculan Aina Abdul di acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan permaidani merah lain sentiasa dinanti-nantikan kerana beliau sering mempersembahkan gaya yang penuh keberanian, inovatif, unik dan diluar kotak.
Tidak terikat pada norma fesyen konvensional, Aina sering tampil dengan rekaan yang mencerminkan kreativiti tinggi dan ikatan emosi mendalam. Daripada gaun berinspirasikan seni hingga pakaian yang menggabungkan elemen dramatik seperti fabrik volum besar, perincian unik dan palet warna berani, setiap penampilannya membawa mesej tersirat yang mencerminkan seni dan ekspresi peribadi.