1. Akhir Tahun 2023
Dalam busana yang serba metalik, Aina memancarkan aura futuristik dengan perincian rumbai (Fringe) panjang yang menghiasi bahagian lengan dan badan lantas menciptakan elemen dramatik, malah mencipta kesan visual yang menarik setiap kali pemakainya bergerak.
Tidak ketinggalan, kasut berplatform tinggi yang dikenakan oleh Aina memberikan sentuhan avant-garde, she’s ready for 2024!
2. ‘Exactly like how I imagined it to be. Thank you Mel, love you. @melindalooi’
Penampilan dramatik yang menyerupai seekor rama-rama angelik!
Busana ini menampilkan rekaan bersayap besar yang mengembang di bahagian belakang, menyerupai sayap rama-rama. Sayap ini diperbuat daripada fabrik lembut dan lut cahaya dengan lipatan halus yang menghasilkan efek terapung, memberikan dimensi dramatik. Perincian corak bersulam yang rumit, potongan gaun yang menyarung badan menonjolkan siluet feminin dan warna merah jambu lembut, mencerminkan sisi romantik.
3. ‘Reliving my alter ego, Bunga Raya’
Gaun ini direka menyerupai kelopak bunga raya yang besar, memberikan ilusi seperti Aina Abdul sedang mekar di tengah pentas. Potongan atas yang lebih fitted dengan perincian minimalis dan kelopak elemen dramatik, Aina terus menakluk fesyen pentas!
4. ‘Tree of Life’
Aina mempersembahkan konsep ‘Tree of Life’ untuk persembahan pentas #AJL38. Simbolik enam akar pokok, termasuk Aina membawa makna tersendiri dan menguatkan lagi mesej disebalik maksud lagu Jangan Mati Rasa Itu, sebuah perjalanan cinta “Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu.”
5. Cover Bersama EH! 2024
Tidak lengkap EH! tanpa Aina Abdul sebagai muka depan majalah 2024, yang dirakam pada Februari sempena edisi raya bersama Swarovski. EH! amat berbesar hati menerima Aina Abdul sebagai selebriti jemputan khas mewarnai muka depan, terima kasih Aina, love EH! Malaysia.
6. Day 1 Aina Abdul Bersama MPO
Busana ini direka dengan gabungan bahan yang luar biasa, iaitu pecahan cermin berwarna-warni yang disusun dengan teliti, mencipta refleksi cahaya yang memukau di bawah pancaran lampu.
Bahagian lengan dan bahu dihiasi dengan reka bentuk yang besar dan berstruktur, menyerupai sayap, memberikan elemen futuristik dan avant-garde pada keseluruhan busana.
7. Day 2 Aina Abdul Bersama MPO
Busana ini memadukan elemen glamor dan tekstur dramatik, dengan potongan siluet mermaid yang klasik, di mana bahagian atas gaun dihiasi dengan sequin besar berkilauan yang menyerupai sisik ikan.
Bahagian bawah gaun diperindah dengan tulle bertingkat yang bervolum, memberikan dimensi elegan yang menyerlahkan struktur busana. Salah satu ciri utama pakaian ini ialah lengan tulle yang besar dan mengembang, menyerupai aura cahaya.
8. The Rattan Dress
Kali ini tampil dalam gaun rotan eksklusif yang memaparkan keindahan seni tradisional dan inovasi kontemporari. Digelar sebagai “Rattan Dress,” merupakan hasil gabungan teknik tradisional dan reka bentuk moden, menyerlahkan kekayaan warisan budaya.
Gaun ini dihasilkan daripada panel rotan yang dianyam secara manual menggunakan rotan yang dituai dengan tangan oleh Erang Ipoi, Serina Melai, dan Supang Sigak. Proses ini menunjukkan penghormatan terhadap seni kraf tangan asli dan motif tambahan pada gaun ini pula direka oleh Mandona Jusely, menambah dimensi estetik yang halus dan penuh seni.
9. Puas Sudah
Ikon fesyen berani dan kreatif dengan penampilan luar biasa dalam busana bertema hati merah yang dramatik!
Gaun berbentuk hati merah ini disusun menggunakan reben satin merah yang dilipat dan disusun dengan kemas. Setiap helai reben dihiasi dengan manik-manik serta kristal merah yang bersinar, menyerlahkan kilauan mewah ketika terkena cahaya. Kata Aina, ‘Puas Sudah adalah hati. Hati yang penuh dengan pengharapan. Hati yang terluka. Hati yang hancur.’
10. 1000 Laser Cut
Busana ini menonjolkan konsep seni ukiran dengan potongan halus yang direka menyerupai tulisan atau motif abstrak, menggambarkan naratif seni yang unik. Menggunakan teknik laser cut, busana ini disempurnakan dengan lebih 1000 cebisan tulisan inspirasi tajuk lagu di dalam album Imaji.
Bahagian skirt gaun diperbuat daripada susunan jalur yang dipotong dengan teliti, manakala bahagian atas gaun pula direka dengan siluet yang minimalis tetapi moden, memfokuskan kepada garis bersih dan kemasan sempurna.
Baca : Kenali Davina Karamoy, Pelakon Seksi Ipar Adalah Maut