Onitsuka Tiger mempersembahkan Koleksi Musim Bunga dan Panas 2024 Di Minggu Fesyen Milan dan EH! berkesempatan mengunjungi koleksi ini di butik fesyen Singapura bulan lepas.
Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Fesyen berinspirasikan sukan dalam usaha menzahirkan rekaan selesa dan inovatif, Onitsuka Tiger mengekalkan seni fesyen gaya kreatif moden kontemporari dan tambahan teknologi inovatif dalam produk terus meletakkannya di persada fesyen yang tinggi dan unik. Koleksi Musim Bunga dan Panas 2024 yang menyeluruhi dari rangkaian baju, seluar sehingga ke kasut ini direalisasikan menerusi hasil kerja tangan yang menumpukan kepada kualiti serta perincian yang mendalam.
Jenama sukan mewah yang menawan dan mengikuti aliran stail terkini, Onitsuka Tiger meletakkan nilainya sebaris dengan rumah fesyen lain di Minggu Fesyen Milan.
Diadakan pada hari Rabu, 20 September 2023 (2:00 petang masa Itali), Onitsuka Tiger mempersembahkan himpunan terkini Koleksi Kuning atau lebih dikenali ’Yellow Collection’ bagi Musim Bunga/Panas 2024 di Minggu Fesyen Milan.
Setiap helaian yang dipersembahkan menangkap perhatian pengunjung dengan ”Lapisan Peribadi” atau ”Personal Layered’ kelihatan diangkat dan didesainkan pada koleksi kali ini. Konsep lapisan yang ber-aspek asimetri, potongan serta penggunaan jidar, pastinya mengekspresikan penggayaan peribadi yang unik. Suasana atau mood sofistikated, moden juga elegan nyata mengekalkan DNA jenama ini, tampak menonjol pada siluet beralun yang dipaparkannya.
Kaedah lapisan demi lapisan ini banyak diekspresikan menerusi helaian luar berbentuk seakan kepompong, bersama jaket duster manakala helaian bawah seperti baju kemeja, polo, seluar pendek Bermuda dan seluar lebar mencipta lapisan asimetri tersendiri.
Koleksi yang terdiri daripada helaian yang sangat unik; stail lelaki klasik ditafsir semula secara kontemporari dan elemen romantik pada koleksi pakaian wanita, menciptakan gaya yang tiada hujung.
Untuk lelaki, jahitannya diperincikan secara rapi dan meriah dengan corak lapisan fabrik dan tekstur. Bagi wanita pula, elemen perincian digabungkan untuk menghasilkan gaya feminin; terdiri daripada bahan-bahan transparensi, asimetri dan potongan inovatif yang menunjukkan bebayang pada pemakai.
Himpunan sepatu sneakers juga tidak ketinggalan dengan reka bentuk baharu dan ketinggian berbeza (slip-on, potongan tinggi dan but buku lali), setiap satunya hadir dengan bahagian atas bersalut kanvas dan kontras kuning terang pada bahagian hadapan tapaknya.
Juga terdapat but kulit berwarna kuning dan hitam. Sandal bertali rona kulit atau nude dengan platform dililit pada buku lali juga dihasilkan daripada kulit Nappa atau baldu. Tersedia juga beg beli-belah nilon ringan yang terdapat dalam warna ikonik Onitsuka Tiger.
Baca: Koleksi Musim Bunga/Panas Onitsuka Tiger 2023, Suntikan Minimalisme Japan