Para tetamu yang terdiri daripada Kerabat Di-Raja, pemimpin negara, diplomat dan jemputan kehormat lainnya, tampil dengan pakaian yang bukan sahaja menawan tetapi juga mematuhi etika dan protokol Di-Raja.
Istiadat Pertabalan Agong merupakan acara yang penuh tradisi dan keagungan, melambangkan warisan budaya dan sejarah negara Malaysia. Selain daripada majlis yang penuh dengan adat istiadat Di-Raja, satu lagi aspek yang menarik perhatian adalah gaya fesyen para tetamu yang hadir. Setiap kali acara ini diadakan, pelbagai rekaan busana yang anggun dan elegan dipersembahkan, mencerminkan kehalusan seni dan kreativiti dalam fesyen tempatan.