Fashion Awards 2024 menyaksikan personaliti hebat dalam industri fesyen berkumpul untuk satu malam di Royal Albert Hall, London bagi meraikan nama-nama terbesar dalam bidang ini dengan gaya yang cukup memukau.
The Fashion Awards 2024 sudah pun berlalu, menjadi pentas sempurna bagi nama-nama besar dalam dunia fesyen daripada selebriti A-lister, pereka ternama, model, penata gaya, hinggalah influencer untuk tampil dengan gaya paling memukau. Dan itulah yang mereka lakukan pada acara tahun ini, yang berlangsung penuh glamor.
Acara ini berlangsung megah di Royal Albert Hall, London, sebuah lokasi yang ikonik. Dianjurkan oleh British Fashion Council, The Fashion Awards bukan sahaja meraikan keanggunan fesyen tetapi juga bertujuan mulia mengumpul dana untuk badan amal organisasi bukan untung itu, sambil mengiktiraf bakat luar biasa dari seluruh industri fesyen.
Rihanna dan Asap Rocky
Penyanyi dan usahawan, Rihanna hadir ke karpet merah Fashion Awards bersama teman lelakinya, Asap Rocky. Hadir dengan cukup menangkap mata, Rihanna menyarung gaun berbulu rekaan Christian Lacroix couture. Gaun berbulu itu membaluti korset hitam di dalam dan gayanya dilengkapkan dengan topi besar sama padan, sarung tangan lateks dan aksesori pada lehernya.
Asap Rocky pula menyarung satu sut oversized rekaan Bottega Veneta.
Ellie Goulding
Penyanyi Ellie Goulding hadir serba putih di karpet merah Fashion Awards. Ellie menyarung sut rekaan Moncler x Jil Sander disebalik jaket puffer panjang meleret rekaan Moncler x Lulu Li.
Nicola Coughlan
Nicole Coughlan kelihatan sungguh elegen seperti wataknya di dalam Bridgerton hadir dalam gaun rekaan Gaurav Gupta.
Nara Smith
Nara Smith, seorang model yang aktif dalam TikTok bersama content “made from scratch” ini kelihatan sungguh anggun menyarung gaun H&M Studio dan melengkapkan gayanya bersama kasut tumit tinggi sama padan rona gaunnya itu.
Alex Cosani
Model of the Year! Alex Cosani, siapa saja tidak mengenalinya iaitu model yang professional bersama karakternya yang kelakar di luar bidang permodelan. Alex menyarung gaun korset rekaan Dilara Findikoglu dan meengkapi gayanya dengan kasut tumit tinggi rekaan Gianvito Rossi.
Julia Fox
Model, Julia Fox hadir seakan-akan Ice Queen. Julia menyarung gaun korset rekaan Dilara Findikoglu
Lila Moss
Anak kepada model terkenal Kate Moss, Lila Moss hadir dalam rekaan Alexander McQueen vintaj SS03.
Rita Ora
Rita Ora is slayingg. Gaya Rita Ora benar-benar berbeza daripada dirinya apabila dia menggabungkan elemen feminin dan maskulin dalam satu look. Rita mengenakan satu sut Primark tidak sama padan dan melengkapkan gayanya dengan aksesori yang berlapis-lapis.
Baca: Gaya Selebriti yang Menarik Perhatian di Governors Awards 2024