Emmy Awards 2024 membawakan variasi fesyen barisan selebriti. Dari gaya menangkap mata ke gaya yang agak membosankan, EH! senaraikan gaya fesyen di acara karpet merah.
Emmy Awards Primetime 2024 didedikasikan untuk kuasa dan bakat dalam televisyen. Sambutan tahunan ini adalah acara berprestij yang mesti ditonton. Semua bintang kesukaan ramai berada di Los Angeles untuk anugerah, dan karpet merah adalah masa yang sesuai untuk mereka mempamerkan selera fesyen mereka yang unik dengan penampilan yang berani dan kreatif.
EH! kongsi 11 gaya fesyen para selebriti di karpet merah yang menarik dan bosan!
1. Selena Gomez
Pengasas Rare Beauty, Selena Gomez memukau dalam busana rekaan Oscar de la Renta. Corak yang menggunakan sequin pada gaunnya atas fabrik jaring menimbulkan ilusi yang menarik, rona berani dan mengikut trend disegerakkan dengan sempurna. Melengkapi gayanya, Selena menyarung tumit tinggi bertali Rene Caovilla Gomez sama padan rona gaunnya dan barang kemas Tiffany & Co.
2. Jenna Ortega
Bintang terkenal dengan aksi seram, Jenna Ortega tampil elegan dalam gaun kembang rekaan Dior berona hijau muda, tanpa tali, dengan corak bunga bersulam padanya. Dia juga memilih sepasang tumit tipis, dengan permata padanya, dan aksesori pelbagai.
3. Jeremy Allen
Membuktikan bahawa dia boleh memakai sut serta boleh memakai Calvin Kleinnya, Jeremy Allen White yang menjadi kegilaan para wanita kelihatan kacak dalam sut rekaan Giorgio Armani berona putih suci dilengkapi bow hitam menggantika tali leher. Walaupun gayanya kelihatan biasa dilihat pada para jejaka apabila pergi ke anugerah, tetapi Jeremy masih kelihatan mencuri tumpuan orang sekeliling!
4. Aubrey Plaza
Berseronok dengan fesyennya, korset gaun Aubrey kelihatan seperti mentega dengan pin pada garis leher, manakala kain itu menampilkan siluet badan bahagian bawah. Aubrey melengkapi gayanya dengan kasut tumit tinggi berona emas dan anting-anting gelung berkilauan, yang terserlah di sebalik rambutnya.
5. Green Goblin
Figura ini menjadi highlight pada malam anugerah itu, dia ialah Princess Poppy daripada siri RuPaul’s Drag Race. Kulit berona hijau dan prostetik yang cukup untuk mengubah dirinya menjadi goblin yang realistik. Mengetepikan rupanya, gaya Poppy malam itu sungguh menawan! gaun meleret berona hijau berkilat, dipadankan dengan tas tangan bercorak 3D, kasut tumit tinggi berona kuning lembut dan aksesori.
6. Suki Waterhouse
Memandangkan Suki Waterhouse sedang mengandung anak pertamanya dengan teman lelaki Robert Pattinson, Suki bergambar di atas karpet merah dengan baby bumpnya. Untuk anugerah itu, pelakon itu memakai gaun merah rekaan Valentino melertet dan bow terletak di bawah perutnya.
7. Charlie Puth
Sebelum membuat persembahan semasa segmen In Memoriam, Charlie Puth hadir di karpet merah dengan baju hitam berhias manik di sebalik sut krim berskirt. Melengkapi gayanya, Charlie memakai aksesori jam dan loafers kulit paten Christian Louboutin dengan perincian kristal.
8. Ali Wong
Pelakon yang memenangi banyak anugerah untuk filem Beef, Ali Wong hadir di karpet merah dengan memakai gaun rekaan Louis Vuitton tersuai yang dilitupi manik perak pada bahagian korset dan dipenuhi bunga manik berwarna-warni pada bahagian bawah. Dia melengkapkan gayanya dengan aksesori berlian.
9. Camila Morrone
Camilla Morrone kelihatan elegan di karpet merah malam itu dengan gaya minimalis tetapi masih mencuri tumpuan. Dia memakai korset gaun rekaan Atelier Versace berona merah meleret yang mengikut siluet badannya. Walaupun Camilla hadir tanpa aksesori untuk melengkapkan gayanya malam itu, dia masih stunning!
10. Jasmin Savoy
Jasmine Savoy Brown tampil dengan busana rekaan Givenchy yang meleret yang dibelah bahagian depan dan renda di bahagian dada. Jasmine melengkapkan gayanya dengan tas tangan sama padan rona gaunnya, kasut tumit tinggi rekaan Jimmy Choo yang dihiasi batu berlian dan ia adalah antara kasut terbaik malam itu.
11. Rachel Brosnahan
Rachel Brosnahan memukau dengan gaun korset ungu rekaan Vesace. Gaun itu menyerlahkan pinggangnya yang kecil, belahan di bahagian depan dan bahagian bawah sediikit meleret. Melengkapi gayanya, Rachel memakai kasut tumit tinggi bertali dan aksesori di telinga dan jari. Dia juga mencuri perhatian dengan salah satu warna paling bergaya malam itu.