Pada ketika ini, pasti dua wanita yang dikenali di seluruh dunia ini menjadi topik perbualan ramai. Seorang dikenali dengan kontroversinya manakala seorang lagi dikenali kerana berkahwin dengan pewaris takhta di Britain. Apa yang menarik, mereka berdua disahkan mengandung pada waktu yang lebih kurang sama.
Anda pasti tahu kami berbicara mengenai Kim Kardashian dan Kate Middleton. Rata-rata tahu Kate mempunyai selera fesyen yang agak baik dan Kim pula mempunyai jenama pakaian tersendiri. Pasti menarik sekiranya kami membanding gaya mereka berdua. Siapa yang lebih bergaya, anda nilailah sendiri.
DATUK SITI NURHALIZA SEBAGAI EDITOR JEMPUTAN >>
Untuk majlis perkahwinan, mereka berdua sememangnya mempunyai gaya yang sangat berbeza. Kate memilih busana yang lebih sopan daripada Alexander McQueen manakala Kim yang terkenal dengan keseksiannya mengenakan busana rekaan Vera Wang.
Gaya kasual Kate jauh lebih sopan dan elegan manakala Kim akan menonjolkan sedikit ‘aset’ yang dimilikinya.
SOROKKAN KELEMAHAN ANDA KETIKA BERFESYEN >>
Kami tidak pasti adakah ini disebabkan oleh bentuk badan mereka berdua yang berbeza, tetapi gaun bodycon yang dikenakan oleh Kate sentiasa longgar berbanding Kim.
CARA ATASI MASALAH KULIT PUCAT >>
Ketika mengandung, Kim masih mahu mengenakan pakaian yang menonjolkan asetnya tetapi Kate hanya memilih persalinan yang menonjolkan baby-bump-nya.