Jenna Ortega antara selebriti Hollywood yang sentiasa menarik perhatian lensa kamera dengan gayanya tersendiri, menjadi inspirasi ramai peminat.
Pelakon genit, Jenna Ortega sememangnya menarik perhatian ramai dan menjadi ikon dalam fesyen. Pelakon itu terkenal dengan pilihan pakaian karpet merahnya dengan citarasa fesyennya yang tersendiri. Baru-baru ini, Jenna Ortega dihebohkan dengan berita bahawa dia menarik diri daripada pengambaran filem ‘Scream 7‘ sehari selepas rakan sekerjanya Melissa Barerra diberhentikan. Jenna menarik diri kerana dikatakan jadual Jenna yang amat padat untuk pengambaraan siri baharu Wednesday musim kedua dan Beetlejuice 2. EH! mengimbas kembali detik-detik karpet merah Jenna Ortega yang memukau setakat ini.
1. SAG Awards 2023
Jenna menyarung busana vintaj ‘archive collection‘ daripada Versace, ke Annual American Music Awards pada 26 Februari 2023. Gaun kulit asimetri itu berasal dari koleksi musim luruh/sejuk 1994. Berona hitam, gaun itu menampilkan garis leher V dan meleret pada bahagian bawah. Jenna menggandingkan gaun itu dengan perhiasan diri berlian daripada Tiffany & Co dan kasut tumit tinggi yang terbuka di bahagian hadapan.
2. Met Gala 2023
Penampilan Met Gala 2023, Jenna Ortega kelihatan chic dengan busananya daripada Thom Browne dari atas ke bawah. Agar sesuai dengan tema “Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty“, Pakaian tersuainya,gaunnya meleret pada bahagian kiri, dibalut dengan rantai bertatah mutiara berlapis dan menampakkan sekilas skirt gelung pannier. Untuk melengkapkan gayanya itu, Jenna memakai stokin nipis panjang dan kasut bertumit tinggi.
3. Tayangan Perdana Scream VI 2023
Jenna melangkah ke karpet merah dengan gaya blasé sambil menyarung gaun blazer yang terdedah pada bahagian atas di tayangan perdana Scream VI. Dia memakai rekaan Jean Paul Gautier, ensemble yang terdiri daripada kemeja dan sut yang direka khas untuk minidress hitam putih yang unik. Melengkapkan gayanya itu, Jenna memakai kasut tumit tinggi, solekan bibir merah menjerit dan rambut beralun.
4. Golden Globes 2023
Jenna kelihatan berbeza kerana memakai busana berona lain selain daripada hitam di karpet merah. Dia muncul kelihatan seperti dewi di Golden Globes 2023. Pada majlis itu, dia juga mengakui bahawa dia tertarik dengan busana itu kerana “rasanya cukup dengan penampilan gelap yang saya pakai sejak kebelakangan ini,”. Jenna menyarungkan busana Gucci berona nude dengan lengan yang mengembang dan meleret pada bahagian bawah gaun. Melengkapi gayanya, Jenna melapisi rantai Tiffany & Co. dan kasut tumit tinggi berona silver untuk mengekalkan glamnya. Potongan rambut shagnya juga sempurna dalam warna karamel.
5. Milan Fashion Week 2023
Semasa Milan Fashion Week 2023, Jenna tiba dalam rekaan Saint Laurent yang menakjubkan. Gaun berona hitam dipakainya potongan lurus biasa, tapi apa yang menampaknya kelihatan menarik ialah bahagian atas gaun ialah halter bercantum dengan hoodie dan terdedah pada bahagian belakang. Aksesori yang dipakainya di pergelangan tangan menambahkan lagi extra pada penampilan itu. Dia melengkapi gayanya dengan rambut wet look serta sepatu platform.
6. Tayangan Perdana Wednesday 2022
Semasa tayangan perdana Wednesday, Jenna melangkah ke atas karpet merah sebagai pengantin gothic. Dia menyarung busana berani daripada Versace berona hitam. Gaunnya dihiasi lace dan belahan pada tepi gaun membuatkan Jenna kelihatan anggun. Melengkapkan penampilan, dia memakai veil di atas kepala dan kasut hitam bertumit tinggi. Jenna menyolek dirinya dengan smokey eyes bagi mendalami lagi perwatakannya pada malam itu.
7. Critics Choice Association 2022
Pada Critics Choice Association 2022, Jenna mengenakan gaun ciptaan Saint Lauren, Kain nipis dan jarang mendedahkan badannya, dengan sarung tangan di sebelah kanan. Melengkapi gayanya, Jenna memakai kasut tumit tinggi dan untuk aksesori, dia memilih sepasang anting-anting berkilauan dan cincin untuk memberikan sentuhan segar pada gayanya.