Acara tahunan yang dinanti-nantikan ramai kini kembali dengan majoriti bintang ternama dunia tampil dengan persalinan yang cukup gah menarik perhatian lensa kamera.
Isnin pertama dalam bulan Mei setiap tahun bakal membawakan vibes yang terbaik dari aliran fesyen dan filem untuk Met Gala. Lihat sahaja pada outfit di karpet merah Met Gala 2018 yang berlangsung di Metropolitan Museum of Art, New York City, Amerika Syarikat.
Kali ini, acara Met Gala dibanjiri dengan kehadiran selebriti yang hadir dengan busana cukup mewah dan boleh kata buatkan ramai tergamam melihatnya. Dari Rihanna ke Zendaya, semuanya menyarung persalinan yang nyata win and lit!