Di bawah kilauan lampu dan sorotan kamera, Emmy Awards 2026 sekali lagi membuktikan bahawa karpet biru menjadi sebuah pentas fesyen tersendiri.
Malam ini, karpet biru Emmy Awards 2026 sekali lagi bertukar menjadi pentas fesyen tersendiri, ketika barisan bintang Hollywood hadir dalam siluet mempesona, palet warna berani dan perincian couture yang mencuri perhatian. Daripada keanggunan klasik yang tidak pernah lapuk dek zaman kepada eksperimen fesyen yang lebih berani dan segar, setiap penampilan hadir dengan karakter serta pernyataannya sendiri.
Malam anugerah ke-78 ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan dunia televisyen, tetapi turut menjadi medan untuk para selebriti menampilkan sisi fesyen masing-masing. Gaun dramatik, rona pastel yang lembut serta permainan potongan dan tekstur menghiasi karpet biru, membuktikan bahawa gaya turut memainkan peranan penting dalam mencipta momen ikonik di malam penuh glamor ini.
Antara yang mencuri perhatian termasuk Zendaya, Selena Gomez, Nicole Kidman dan Elle Fanning, masing-masing hadir dengan interpretasi tersendiri tentang glamor moden.
Zendaya
Dalam Prada dan aksesori Mikimoto serta jam tangan Rolex.
Selena Gomez
Dalam Louis Vuitton and aksesori Tiffany & Co.
Florence Pugh
Nicole Kidman
Dalam Chanel dan jam tangan Omega.
Shailene Woodley
Dalam Balenciaga
Elle Fanning
Dalam Ralph Lauren.












