MTV Video Music Awards 2025 yang berlangsung di UBS Arena, New York mempersembahkan gaya fesyen paling hebat dan berani. Saksikan barisan selebriti yang mempesona di karpet merah!
MTV Video Music Awards (VMA) 2025 kembali menjadi pentas gemilang dunia hiburan, bukan sahaja meraikan pencapaian muzik terbesar tahun ini tetapi juga menjadi tumpuan gaya fesyen selebriti. Acara berprestij ini berlangsung pada September 2025 di UBS Arena, New York, dan seperti tradisi setiap tahun, karpet merahnya menjadi saksi kepada penampilan penuh glamor, berani dan ikonik daripada bintang-bintang terkenal. Dari gaun mewah hingga busana eksperimen, inilah pentas di mana fesyen bertemu muzik dalam satu perayaan gaya.
Sabrina Carpenter

Sabrina mencuri perhatian sebaik melangkah ke karpet merah dalam gaun jarang renda khas Valentino berona merah delima. Penampilannya diserikan lagi dengan boa berbulu merah jambu lembut yang dililit manja di lengannya, serta perhiasan mewah daripada Tiffany & Co.
KATSEYE

Enam ahli KATSEYE tampil bergaya dengan busana Dolce & Gabbana berkonsep hitam dan merah jambu, disuai padan mengikut gaya peribadi masing-masing, sekaligus mencipta momen fesyen yang penuh statement.
Lady Gaga

Lady Gaga memilih gaun hitam dramatik rekaan Marc Jacobs dari koleksi musim luruh 2025. Busana tersebut menampilkan sulaman renda floral, lengan kembang yang megah serta potongan mermaid yang anggun. Pemenang 14 kali Grammy itu turut melengkapkan penampilan dengan hiasan kepala bunga merah yang terselit indah pada sanggulnya, dipadankan dengan potongan poni pendek yang manis.
Zara Larson

Zara Larsson tampil dengan aura musim panas di MTV VMAs melalui mini dress sheer yang dihiasi perincian manik berkilauan serta sentuhan bunga 3D yang memikat.
GloRilla

Tate Mcrae

Tate McRae melangkah penuh anggun di karpet merah dengan gaun putih sheer gaya Yunani rekaan khas Ludovic de Saint Sernin. Busana tersebut menampilkan potongan bustier rendah bersama fabrik nipis yang beralun, menampakkan rekaan berani pada bahagian bawah yang dipadankan di dalamnya.
Dalam siaran pra-acara MTV, penyanyi itu berkongsi bahawa gaun tersebut diinspirasikan oleh watak “wanita teraniaya yang berinspirasikan Medusa… menjadikan lelaki umpama batu.”
Ariana Grande

Doja Cat

bintang sensasi ini bersama penggayanya, Brett Alan Nelson, memilih mini dress harlequin Balmain dari koleksi Pre-Fall 2024 untuk penampilan karpet merah.
Mengisyaratkan era muzik terbaharunya yang diinspirasikan gaya ‘80-an (dengan Prince sebagai salah satu pengaruh seperti dilaporkan The New York Times), Doja menyempurnakan dress beraksen merah jambu itu dengan perhiasan permata fuchsia berkilauan dari Koleksi Haute Joaillerie Chopard—ditambah gaya poni berlapis dan keriting ala Dolly Parton yang ikonik.
Sombr

Ice Spice

Kali terakhir Ice Spice muncul di MTV VMAs, dia tampil dengan ikal merah ikoniknya bersama mini dress putih bercorak korset. Namun banyak yang telah berubah sejak itu, termasuk gaya solekannya. Untuk edisi 2025, Ice Spice memperkenalkan gaya rambut sanggul merah jambu ala Pamela Anderson, digandingkan dengan busana vintaj Ralph Lauren dari pentas peragaan, hasil pilihan Raffe Vintage.
Lola

Tyla

Pada tahun 2024, Tyla pernah memberitahu Marie Claire bahawa setiap busananya perlu memberi ruang untuk menari dan bergerak bebas. Lebih setahun kemudian, dia menunaikan janji itu di MTV VMAs 2025 dengan mengenakan gaun tweed ultra-mini dipadankan bersama himpunan aksesori emas mewah daripada Pandora. Menariknya, gaun tersebut berasal daripada pentas peragaan Chanel tahun 1993, hasil pilihan penggaya Ron Hartleben.
Canon Grey

Paris Hilton

FKA Twigs

FKA Twigs mencuri tumpuan dengan gaya berani, mengenakan bandeau top rona burgundy bersama seluar berpinggang rendah sepadan, menonjolkan bahagian perutnya yang tona serta sedikit potongan bawah dada.
Kid Laroi

Baca:
Gaya Karpet Merah Paling Mencuri Tumpuan di Venice Film Festival 2025
9 Kasut Pilihan EH! Patut Ada Bulan September 2025
Kumpulan KATSEYE dan 5 Selebriti Ini Menghiasi Kempen Ogos 2025