MTV VMAs 2026, antara malam terbesar dalam dunia muzik, telah berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, bagi meraikan antara album, video muzik dan persembahan secara langsung terbaik sepanjang tahun lalu.
Antara nama yang mendominasi senarai pencalonan ialah Madonna, Bruno Mars, Sabrina Carpenter, Ariana Grandedan Taylor Swift, yang turut menerima anugerah sulung Artist Director Honors daripada VMAs. Sementara itu, barisan artis yang membuat persembahan di pentas utama termasuk Charli xcx, Lisa, Teddy Swims, Shaboozey, Gunna, Kacey Musgraves dan Yung Lean.
Namun, sebelum hos Snoop Dogg membuka tirai acara, permaidani merah terlebih dahulu menjadi tumpuan dengan deretan penampilan penuh gaya. Daripada gaya gelap dan misteri seperti yang digayakan Charli xcx dalam rekaan Saint Laurent dan Teyana Taylor dalam busana couture Zuhair Murad, hinggalah penampilan ultra-low-rise Tyla dalam rekaan Mowalola yang baru sahaja diperagakan di pentas peragaan, serta Sombr dalam persalinan khas oleh ERL.
Di bawah, lihat pilihan fesyen para pemuzik kegemaran anda ketika mereka melangkah ke permaidani merah 2026 MTV VMAs.
JYT

Haiden Handerson

Bella Poarch

Paris Hilton

Naomi

Bebe Rexha

Ella Bright dan Belmont Cameli

Troye Sivan

Sienna Spiro

Pink Pantheress

Raye

Tyla

Sombr

Lisa

Charlie XCX

Taylor Swift

