Sempena pelancaran The Coach Restaurant di Jewel Changi Airport, Singapura, selebriti dari empat negara berkumpul di satu lokasi bagi meraikan detik bersejarah ini. Masing-masing tampil penuh gaya dalam persalinan mewah Coach, menyerikan suasana dengan aura glamor dan elegan tersendiri.
Sempena pelancaran The Coach Restaurant di Jewel Changi Airport, Singapura, selebriti dari empat negara — Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia berkumpul di satu lokasi bagi meraikan detik bersejarah ini.
Acara penuh gaya itu turut diserikan dengan kehadiran bintang terkenal dari Malaysia seperti Amelia Handerson, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Leona, Jack Ghor dan Jane Chuck yang tampil menawan dalam persalinan Coach serba elegan. Masing-masing mempamerkan gaya tersendiri yang melambangkan identiti jenama Coach — moden, berkeyakinan dan penuh kelas.
Suasana di luar restoran turut menjadi tumpuan apabila kehadiran artis terkenal dari Thailand mencetuskan keterujaan luar biasa. Para peminat membanjiri kawasan sekitar untuk menantikan kemunculan idola mereka, menjadikan pelancaran ini bukan sekadar acara eksklusif.
Thailand
Nanon
Love
Force
Malaysia
Amelia Handerson
Anna Jobling
Nadhir Nasar
Leona
Jack Ghor
Jane Chuck
Indonesia
El Rumi
Syifa Hadju
Singapura
Carrie Wong
Estele Fly
Glenn Yong
Hazelle Teo
Lawrence Wong
Sonia Chew
Tyler Ten
Zetong Teoh
Baca: The Coach Restaurant di Jewel Changi Airport, Gabungan New York dan Pesona Asia



















