Yee Haw! GQ Men of The Year 2024 kembali, kini dengan tema ‘The American Rodeo’ berlangsung di tempat letak kereta Bar Marmont di Los Angeles.
GQ, (Gentlemen’s Quarterly dan dahulunya dikenali sebagai Apparel Arts) ialah sebuah majalah lelaki bulanan antarabangsa yang berpusat di New York City dan diasaskan pada tahun 1931. Penerbitan ini memberi tumpuan kepada fesyen, gaya, dan budaya untuk lelaki, namun ia juga memaparkan artikel tentang makanan, filem, kecergasan, seks, muzik, perjalanan, sukan selebriti, teknologi, dan buku.
GQ Men of the Year, acara tahunan kami yang memberi penghormatan kepada individu berpengaruh dan pencipta perubahan yang sentiasa peka dengan arus semasa, adalah bukti kepada komitmen tersebut. Setiap tahun, selama 27 tahun yang lalu, mereka telah menghimpunkan pelakon, pembuat filem, atlet, wartawan, pemuzik, artis, penulis, dan ramai lagi individu hebat di bawah satu bumbung untuk meraikan mereka yang membentuk budaya.
MOTY 2024 berlangsung di lokasi mewah di tengah-tengah London pdi mana mereka meraikan bintang muka depan dan senarai penerima penghormatan tahun ini dengan muzik bertaraf dunia.
Dove Cameron
Dove Cameron sepertinya telah meninggalkan fasa goth glam-nya ketika selepas bercinta dengan teman lelakinya, Damiano David iaitu vokalis Maneskin. Gaun putih sensual dengan leher cowl rekaan Yvon Iris yang digayakannya kelihatan cukup elegan dan mempesonakan.
Dove melengkapkan gayanya dengan tambahan aksesori pada leher dan pergelangan tangan.
Alexis Ren
Jordan Daniels
Kiernan Shipka
Kiernan Shipka, pelakon mula naik mendadak ini memilih gaya selamat dengan bustier renda hitam, jean, dan tali pinggang berkepala singa.
Penampilannya menawan, tetapi tidak memanfaatkan peluang untuk tampil lebih berani bagi tema yang diberi.
Dree Hemingway
Dree Hemingway cukup slay mengenakan gaya Moschino Fall 2024. Topi yang disarung Dree sudah cukup mengekalkan tema yang sesuai.
Saya suka lonjakan ini di luar zon selesanya kerana Dree terkenal hanya dengan gaya minimalis. Tiada guna menghadiri pesta bertema jika tidak mengikutinya!
Dixie D’Amelio
Meadow Walker
Meadow Walker mencuri perhatian dengan gaun vintaj Roberto Cavalli Spring 2004. Korset kulit geometrik, perincian sifon, dan hiasan bulu burung unta menjadikan hasil arkib ini penampilan terbaik malam itu.
Laura Harrier
Laura Harrier kembali menampilkan gaya terbaiknya dalam gaun halter Ferragamo Fall 2024 yang dihiasi dengan stud berkilat. Walaupun siluetnya berada dalam zon yang biasa baginya, ia tetap kelihatan memukau seperti biasa.
Kitty Ca$h
Yagmur Tanrisevsin
Baca: Apa Itu ‘Old Money’ dan Mengapa Ia Menjadi Fenomena Obsesi?