Acara EH! TOP 25 yang berlangsung di Jio Space menjadi tumpuan perhatian ramai apabila para pempengaruh dan selebriti tanah air tampil menyerlah dengan gaya memukau.
Bertemakan trendsetter,EH! TOP 25 meraikan pelbagai interpretasi fesyen daripada empat elemen utama: Y2K, gaya jalanan, sartorialist dan trend era 2020-an. Tema ini memberikan kebebasan kepada tetamu untuk mengekspresikan kreativiti mereka dalam berpakaian, mencerminkan personaliti unik dan pengaruh masing-masing.
Dengan latar Jio Space yang moden dan dinamik, suasana acara dipenuhi aura glamor dan inovasi. Setiap gaya yang ditampilkan bukan sahaja mencuri perhatian lensa kamera, tetapi juga mencipta perbualan tentang evolusi dunia fesyen tempatan. Dari potongan retro Y2K yang penuh warna hingga ke tailored suit berinspirasikan gaya sartorialist, acara ini membuktikan bahawa fesyen adalah medium ekspresi tanpa batas.