Malam yang penuh pesona, acara Academy Museum Gala 2024 menyaksikan kehadiran selebriti ternama Hollywood yang memukau, masing-masing mempamerkan fesyen glamor dengan membawa elemen unik yang mencuri perhatian, menjadikan malam itu satu acara yang tidak akan dilupakan.
Academy Museum Gala 2024 adalah acara tahunan yang diadakan untuk merayakan seni dan budaya sinema, bertempat di Academy Museum of Motion Pictures di Los Angeles. Acara ini biasanya dihadiri oleh pelakon, pengarah, dan individu terkemuka dalam industri filem, serta peminat dan penyokong seni.
Acara ini bukan sahaja merupakan platform untuk mengumpulkan dana bagi museum, tetapi juga untuk menghargai pencapaian dalam bidang filem dan merayakan warisan sinema. Selain itu, gala ini sering menjadi pentas bagi fesyen, dengan para selebriti menunjukkan gaya mereka yang unik di karpet merah, menjadikannya acara yang dinanti-nantikan dalam kalendar industri hiburan.
Gaya para tetamu di Academy Museum Gala 2024 cukup memukau dengan kombinasi keanggunan dan kreativiti. Dari busana yang penuh statement hingga aksesori yang unik, malam tersebut menyaksikan bintang-bintang berkumpul untuk merayakan seni dan budaya dengan gaya yang mencuri tumpuan. Setiap penampilan mencerminkan personaliti dan visi fesyen masing-masing, menjadikan acara ini sebagai pentas bagi inovasi dalam dunia fesyen.
Kylie Jenner
Kylie Jenner, memilih gaun vintage Mugler dari tahun 1998. Dia menyarung gaun yang memeluk tubuh, seperti kebanyakkan rekaan Mugler, menonjolkan siluet badannya. Di bahagian atas, busananya yang anggun menampilkan fabrik jarang yang menggambarkan lekuk tubuhnya dengan labuci berkilau.
Di bawah, lapisan hitam dengan potongan di pinggul mencipta ilusi tali pinggang thong yang kelihatan daripada gaunnya. Penampilan Kylie ini terasa sangat moden, walaupun telah diperkenalkan lebih dari dua dekad yang lalu.
Nicholas Alexander Chavez
Jejaka hangat, Nicholas hadir dalam sut
Selena Gomez
Selena Gomez mengenakan gaun halter suede navy Alaïa yang menampilkan bustier kulit yang terdedah, dilengkapi dengan gelang dan anting-anting perak sterling yang mencuri perhatian dari Tiffany & Co. Pelakon dan penyanyi ini disusun oleh Erin Walsh.
Kooper Cooch
Pelakon siri Monster, Kooper Kooch halam rekaan Saint Laurent.
Rosie Huntington Whiteley
Rosie Huntington-Whiteley memilih gaun halterneck berkilau dari Saint Laurent.
Drew Starkey
In Loewe and Tiffany & Co. jewelry.
Renée Rapp
Regé-Jean Page
Addison Rae
Sofia Richie
Paul Mescal
Yang lain memilih gaya yang lebih klasik, seperti Paul Mescal dalam tuxedo hitam Gucci.
Olivia Wilde
Olivia Wilde memilih gaun renda hijau dari Erdem dengan skirt penuh yang mengembang dari pinggul dan berakhir sedikit di atas buku lali.
Nicole Kidman
Nicole Kidman menyusun gaun couture hitam Balenciaga yang abadi dengan sarung tangan opera yang elegan.
Laura Harrier
Laura Harrier hadir dengan menyarung Ludovic de Saint Sernin SS25 yang distylekan oleh Danielle Goldberg.
Kristen Dunst
Kirsten Dunst memilih gaun Gucci elegan dengan cape panjang meleret dalam rona coklat klasik.