Kim Kardashian
Kim Kardashian sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen. Kim menggali arkib Mugler untuk penampilannya di Academy Museum Gala 2024. Bintang realiti dan pengasas Skims itu menghadiri acara di Los Angeles pada hari Sabtu dengan mengenakan korset putih yang terstruktur dan mantel berhud yang sepadan dari koleksi couture musim bunga 1998 label Perancis tersebut.
Kim Kardashian, yang digayakan oleh stylist lamanya, Dani Levi, melengkapkan penampilannya dengan kalung berlian dan kasut bertumit peep-toe PVC.
Kendall Jenner
Kendall Jenner menyarung gaun baldu rekaan Schiaparelli menampilkan bodice halterneck dengan potongan avant-garde, memberikan sentuhan edgy kepada keseluruhan penampilannya. Kendall turut serta dengan glamor yang memukau, walaupun penampilannya tampak terinspirasi oleh bintang Hollywood zaman dahulu.
Model ini menggayakan rambut blonde-nya dalam gaya yang teratur, meniru penampilan retro dengan keriting halus dan bahagian tepi yang dalam.
Kaia Gerber
Kaia Gerber merujuk kepada arkib untuk penampilannya di karpet merah, tiba dengan gaun couture vintage Givenchy dari tahun 1997, yang menampilkan hiasan manik halus dan lapisan fabrik meleret.
Charles Melton
Charles Melton hadir dalam sut rekaan Balenciaga.
Cara Delevigne
Brenda Song
Brenda menarik perhatian dalam gaun metallic emas yang glamor, menampilkan leher satu bahu yang bergaya dan skirt pleated.
Aubrey Plaza
Aubrey Plaza hadir dalam gaun rekaan Miu Miu. Gaun itu dihasilkan dengan fabrik sheer rona kulit yang dipenuhi labuci. Glam itu dilengkapi dengan reben satin besar pada kedua-dua belah pinggang.
Joe Alwyn
Bekas kekasih Taylor Swift, Joe Alwyn membuat kemunculan di Annual Museum Gala 2024 menyarung sut basic.
Phoebe Dynevor
Anna Kendrik
Anna Kendrick bersinar dalam gaun tanpa lengan berlabuci rekaan Monique Lhuillier. Gaun birunya menampilkan sulaman botani 3D.
Nicholas Hoult
Ariana Grande
Ariana Grande bersinar dalam gaun Balmain polka dot, yang sesuai untuk Glinda dengan bodice yang fit, berdasarkan rekaan arkib.
Jaden Smith
Chyntia Erivo
Cynthia Erivo memberi penghormatan kepada wataknya dalam adaptasi muzikal Wicked yang akan datang dengan mengenakan gaun hijau berkilau dari Louis Vuitton yang dihiasi dengan manik halus.