Teks : Razin Mohd
EH! mahu anda tampil ranggi dan versatil raya ini dengan padanan helaian denim dan aksesori cukup bergaya dari GUESS. Istimewa kali ini, kami satukan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana, sama-sama menerokai stail kegemaran mereka.
Mudah dipadankan bersama baju tradisional; seluar denim, jeket dan aksesori chic dari GUESS sudah semestinya jadi satu item yang menarik untuk digayakan raya ini. Menerusi koleksi musim bunga 2019, GUESS mengetengahkan helaian yang mesra street style, sesuai untuk apa jua acara dan pastinya mencuri perhatian ramai bila beraya nanti.
Sempena ketibaan Syawal ini EH! menata gaya dua selebriti ini dalam padanan ranggi, chic dan semestinya sopan buat beraya. Setiap dari mereka mengayakan tiga gaya kasual yang dekat dengan gaya peribadi mereka, sesuai dipadan siang juga malam.
Mahu ledih dekat dan memahami stail pribadi mereka, kami juga turut bertanyakan beberapa soalan tentang gaya dan fesyen antaranya adalah potongan seluar denim yang tepat buat tubuh mereka, Aedy lebih gemar mengayakan selaur jenis skinny manakala Eyka pula selesa dengan seluar berpinggang tinggi (high-waisted).
Gemar apa yang digayakan oleh mereka? Terokai item fesyen yang Aedy dan Eyka di bawah!