Walaupun di hari minggu pastinya anda tidak mahu tampak selekeh. Gaya ‘malas’ juga mampu menyerlahkan keterampilan diri agar lebih yakin. Stailkan gaya hujung minggu dengan tip fesyen santai yang kian menjadi ikutan masa terkini.
Hujung minggu merupakan hari yang paling dinantikan oleh orang ramai kerana ia merupakan hari untuk beristirehat daripada kerja dan dalam masa yang sama dapat meluangkan masa bersama orang tersayang. Tiap kali tiba hari minggu pasti ramai yang ingin keluar beriadah, mencari kafe hipster dan bergambar untuk kenang-kenangan. Pasti ada antara anda yang sudah jelik berpakaian formal di hari biasa dan ingin berfesyen santai di hujung minggu. EH! ada saranan untuk anda cuba hujung minggu ini!