Sarungkan Kardigan
Kardigan menjadi fesyen hangat masa kini, sering digayakan yang muda juga yang berusia. Rata-rata ia dipadankan dengan seluar wide jeans dan beg sandang kecil sudah cukup membuatkan gaya hujung minggu anda tampak glamor tapi masih santai! Kardingan merupakan fabrik yang paling lestari dalam industri fesyen kerana setiap kardigan dibuat dengan jahitan tangan. Ia sesuai dipakai ketika ke pusat membeli belah kerana fabriknya yang tebal sesuai untuk suhu yang sejuk.
Pemilihan warna untuk kardigan penting juga kerana ia membantu menampakkan bentuk badan yang ideal sesuai dengan kita. Sebagai contoh, bagi mereka yg mempunyai bentuk badan yang berisi, boleh memilih warna-warna yang gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap dan seangkatan. Manakala bagi mereka yang kurus pula, boleh menggayakan warna baju yang berwarna cerah seperti kuning cair, unggu cerah dan warna-warna pastel cerah yang lain.
Boleh dapati, DI SINI