Teks : Julia Azman
Ilham minimalistik cetus modenisme tersirat Sarah Hildebrand dalam naskhah fesyen bulan ini.
1. Khabar terbaru anda?
Mengimbangi karier seni saya terutama dalam bidang lakonan dan .mengacara untuk slot TV. Untuk lakonan, sedang ditayangkan drama bersiri Nafas mengenai pesakit kanser dan tahun ini masuk tahun ke-3 saya dipilih menjadi hos TV untuk UnifiTV. Tidak lupa juga, saya menjadi duta untuk Safi Balqis untuk tahun kedua.
2. Apakah perkara yang membuat anda gembira?
Tiada yang lebih menggembirakan saya, jika dapat membuat orang lain gembira dan senang dengan kehadiran saya
3. Siapakah ikon hijab anda?
Model hijab pertama yang melangkah ke dunia fesyen antarabangsa sebagai peragawati, Halima Aden. Apa yang saya suka mengenai dirinya ialah dia berani berdiri teguh walaupun berhijab.
4. Adakah anda pernah membuat kesalahan dalam bergaya?
Of course! Samada secara tidak sengaja ataupun hendak cepat ke sesuatu tempat. Woops…
5. Apakah rahsia anda dalam membentuk tudung cantik dan terletak?
Wajib sematkan pin tudung di tempat yang betul kerana jika anda tersalah pasti tudung agak sedikit tidak sempurna dan semestinya tidak selesa.
6. Apakah gaya signature hijab anda?
Selendang fabrik jersey yang ringkas dan mudah dipakai.
7. Apakah bucket list anda?
Hendak cuba membuat satu sumbangan untuk dunia tidak kisah apa sahaja yang penting ia mendapatkan manfaat pada orang ramai dan juga cuba mengadaptasikan gaya hidup minimalis.
8. Perkara yang orang tidak tahu mengenai anda?
Saya seorang left-handed jika untuk menulis dan melukis tetapi saya kerap menggunakan tangan kanan untuk aktiviti beriadah dan sebagainya.
9. Apakah persalinan timeless gerobok fesyen pilihan anda?
Kasut sniker dan sweaters