Karpet merah Golden Globes 2026 sekali lagi menjadi pentas pertunjukan fesyen paling berprestij, apabila barisan selebriti tampil memukau dengan gaya yang penuh glamor, sofistikasi dan berani.
Golden Globes merupakan salah satu acara anugerah hiburan paling berprestij di Hollywood yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri filem dan televisyen. Diadakan setiap tahun, Golden Globes sering dianggap sebagai pembuka tirai musim anugerah, sebelum acara besar lain seperti Oscar dan Emmy. Majlis ini menghimpunkan barisan pelakon, pengarah dan karyawan terkenal dunia dalam satu malam penuh glamor dan sorotan global.
Selain pengumuman pemenang, perhatian ramai turut tertumpu kepada karpet merah Golden Globes, di mana selebriti mempamerkan gaya fesyen eksklusif dan elegan. Dari gaun haute couture yang memukau hingga sut berpotongan moden, setiap penampilan menjadi perbualan hangat peminat dan pengkritik fesyen. Karpet merah bukan sekadar laluan masuk ke majlis, tetapi pentas utama untuk mengekspresikan identiti, trend semasa dan kreativiti pereka fesyen antarabangsa.
Vivienne Westwood, Saint Laurent dan Chanel antara rekaan pilihan para selebriti. EH! senaraikan gaya para selebriti di karpet merah Golden Globes 2026.

Timothee Chalamet

Emma Stone

Miley Cyrus

Ana de Armas

Ariana Grande

Jacob Elordi

Mia Goth

Amanda Seyfried

Joe Keery

Jenna Ortega

Zoey Deutch

Aimee Lou Wood

Selena Gomez

Amelia Gray

Connor Storrie

Audrey Nuna

Emily Blunt

Hudson Williams

Priyanka Chopra Jonas dan Nick Jonas

Damson Idris

Baca: Gaya Para Idol di Karpet Merah Golden Disc Awards ke-40
