Kuala Lumpur Fashion Week 2024 berlangsung selama tujuh hari dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024 di KLCC berlangsung dengan cukup meriah! Begitu juga dengan penampilan selebriti tempatan yang hadir turut memukau!
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali untuk tahun ke-12 pada 2024 di mana tahun lepas berlangsung di lokasi berbeza dan berubah tahun ini kepada satu tempat iaitu di KLCC. Berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024,
Tatkala tibanya acara fesyen yang sudah menjadi acara tahunan ini, apa yang dinanti-nantikan ramai adalah melihat lokasi itu dibanjiri selebriti yang hadir. Selain daripada pertunjukan fesyen dari pereka fesyen terkemuka tanah air, selebriti juga menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat gaya mereka semasa hadir ke acara.
Shaza Bae hadir ke KL Fashion Week 2024 dengan menyarung busana rekaan Zachrin Jaafars. Berinspirasikan Jawa, Zachrin berjaya memodenkan busana tradisional kepada baju kebaya meleret dan memadankannya bersama kain pendek. Stocking lace dan kasut tumit tinggi putih menyuntik sentuhan moden dan semestinya menjadi penegasan kepada gaya Jawa Shaza malam itu.
Mira Filzah
Mira Filzah tampil dengan menggayakan tema corpcore, di mana dia menyarung baju formal kemeja dan blazer, dipadankan dengan seluar putih. Melengkapi gayanya, Mira menyarung kaca mata dipenuhi batu permata berkilauan dan sniker putih.
Ummi Nazeera
Setiap kali KLFW berlangsung, siblings duo ini tidak pernah mengelak daripada berpakaian menangkap mata. Ummi Nazeera dan abangnya Nazreen Musa menayrung rekaan BEHATI.
Gaun Ummi menampilkan corak sawah padi berona hijau, dipadankan dengan kaca mata hitam dan tas tangan rambu ramba. Manakala Nazreen menyarung sut hitam oversize dan dilengkapi oleh topi kecil dan aksesori..
Vanessa Reynauld
Vanessa kelihatan glamor memadankan jaket ala windbreaker dan skirt pendek berona hitam. Vanessa memakai stocking jaring dipenuhi batu permata bersama but panjang, tas tangan dan aksesori untuk melengkapkan gayanya.
Lucas Eelau
Saya tertarik dengan gaya Lucas semasa KLFW baru baru ini. Lihat pada gambar ni, gayanya benar-benar menonjol dan jika anda jumpanya depan mata, dia keliahatan sama dan dapat rasa auranya.
Azfar Heri
Instagram: @azfarheri
Azfar kelihatan bold dengan pilihan rona hitam dan merah gelap. Azfar memilih untuk menyarung blazer panjang meleret, menutupi baju lace, dilengkapi dengan but tinggi merah gelap dan tas tangan sama padan kasut.
Sofea Shra
Saya betul-betul tertarik dengan gaya Sofea pada malam itu, jarang sekali dia memilihgaya ala-ala streetwear.
Puan Syamim Farid
Puan Syamim hadir dengan gaya yang sungguh elegan dalam rekaan Alia Bastamam.
Ain Edruce
Ain Edruce bergaya seperti corpcore, menyarung satu set baju berlengan pendek dan seluar potongan besar.
Amelia Handerson
Tidak pernah kalah dalam gaya, Amelia tampil elegan dalam busana rekaan Alia Bastamam. Amelia memilih aksesri emas sebagai pelengkap gaya seperti kasuti tumit tinggi, tas tangan, rantai dan anting-anting sama padan.