Para selebriti tampil memukau dengan penuh elegen di Palm Springs International Film Awards 2025. Jom lihat gaya mereka dengan lebih terperinci!
Bintang-bintang terkemuka berhimpun di California sempena Penganugerahan Palm Springs International Film 2025, sebuah acara gilang-gemilang yang meraikan kecemerlangan sinematik sepanjang 12 bulan yang lalu. Malam penuh prestij ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada karya seni terbaik, tetapi juga menjadi pentas fesyen ikonik dengan penampilan memukau para selebriti. Daripada melihat saja, jom EH! kongsi gaya mereka dengan lebih terperinci untuk dijadikan inspirasi gaya anda.
Selena Gomez
Selena Gomez, menghadiri acara tersebut dengan memakai penampilan yang diinspirasikan oleh pakaian lelaki rekaan Ralph Lauren. Dia mengenakan sut putih tiga helai bersama tali leher satin yang sepadan dan kemeja butang jarang dipadankan dengan vest.
Ariana Grande
Ariana Grande tiba di majlis anugerah dengan mengenakan gaun rekaan Louis Vuitton yang menampilkan skirt bubble yang bervolum, diperbuat daripada fabrik neoprene berona perak. Ariana melengkapkan gayanya dengan menyarung White Romy 100 Heels Rekaan Jimmy Choo.
Nicole Kidman
Nicole Kidman tiba di Palm Springs International Film Festival mengenakan rekaan khas Loewe yang terdiri daripada korset berstruktur logam dan skirt sutera panjang, dipadankan dengan barang kemas dari Messika.
Cynthia Erivo
Seperti rakan pelakonnya dalam Wicked, Cynthia Erivo juga memilih rekaan Louis Vuitton, gaun hitam tanpa belakang yang anggun dengan garis leher dalam dan kolar putih yang kontras.