Para selebriti ini hadir dengan gaya berani ke peragaan fesyen Schiaparelli, koleksi Haute Couture musim bunga/panas 2024 yang berlangsung di Place Vendôme, Paris. EH! menyorotkan 11 gaya menangkap mata di acara itu.
Label Schiaparelli, berasal dari Perancis mempersembahkan koleksi Haute Couture Musim Bunga/Panas 2024 semasa Minggu Fesyen Haute Couture Paris yang berlangsung di Place Vendôme. Pengarah Kreatif Daniel Roseberry membuka peragaan itu seperti biasa dengan landasan musim bunga 2024 dengan suasana ditetapkan di Marikh. Untuk musim ini, moodboard label ini telah dilekatkan dengan kajian bapa saudara Elsa Schiaparelli, Giovanni Schiaparelli. Beliau adalah pengarah Brera Observatory di Milan, di mana beliau menemui siri saluran baharu di permukaan Marikh dan akhirnya mencipta istilah “martian,” pada tahun 1877. Pada tahun 2024, Daniel memberi penghormatan kepada obsesi keluarga Schiaparelli terhadap sistem suria, dalam baris bertajuk “Schiaparalien.”
Minggu Fesyen Haute Couture yang dialu-alukan di Paris, boleh dikatakan salah satu acara paling menakjubkan dalam kalendar fesyen. Setiap musim, kita akan dilayan dengan reka bentuk yang hebat daripada minda kreatif di sebalik rumah fesyen ini. Bukan sahaja peragaan fesyen yang memukau, tetapi juga fesyen mengagumkan dipakai para tetamu selebriti. EH! senaraikan para selebriti dengan gaya menangkap mata yang dilihat di pertunjukan Schiaparelli musim ini.
1. Zendaya
Zendaya tampil ke pertunjukan Schiaparelli musim bunga/panas 2024 di Place Vendôme semasa Minggu Fesyen Paris, di mana dia membuat penampilan sulung gaya rambut baharu yang menarik perhatian.
Pelakon itu mempamerkan micro bangs bersama rambut panjang lurus, gaya baharu yang menarik perhatian orang ramai. Dia juga memilih ensembel serba hitam menyuntik gaya dramatik yang menampilkan bahagian atas leher tinggi dan kain satin ruched yang meleret panjang. Penampilan itu dilengkapkan dengan sepasang sepatu tumit tinggi runcing berona hitam dan pantyhose di dalamnya.
2. Hunter Schafer
Hunter Schafer tampil menyarung gaun korset potongan hati pada bahagian atas tanpa tali berona hitam bersama-sama dengan rantai emas bunga yang menarik dalam liga yang sama dengan konfeksi barang kemas Daniel Roseberry sebelumnya. Pelakon Hunger Games itu melengkapkan gayanya dengan kasut tumit tinggi dengan perincian emas di hadapannya dan rambut bun diikat kemas.
3. Bella Thorne
Bella Thorne hadir menjadi salah satu yang mencuri perhatian, menyarung sut baldu hitam dengan perincian butang emas yang besar. Bahagian bahunya dihiasi dengan bulu palsu dan menggandingkan dengan sepasang anting-anting statement emas yang besar. Dia menutup rambutnya dengan topi hitam besar dan melengkapkan ensembel dengan gincu merah menjerit, beg perak dan sepatu tumit tinggi runcing.
4. Soo Joo Park
Soo Joo Park hadir dengan untuk penampilan peragaan Schiaparellinya, memakai korset berbentuk hati di dada bersama skirt maxi dan kot panjang diluarnya bersama perincian berona emas. Soo Joo melengkapkan gayanya dengan skarf hitam tebal dengan anting-anting statement gergasi, dan beg tangan perhiasan anatomi Schiaparelli hitam
5. Jennifer Lopez
JLO hadir menyarung rekaan Schiaparelli tersuai yang menarik menampilkan sweater turtleneck putih dengan perincian arca, dan jaket yang diperbuat daripada kelopak mawar putih asli dengan matahari besar bersulam labuci perak di bahagian belakang.
Dia memadankan pakaiannya dengan tali pinggang tebal kasut tumit tinggi baldu hitam dengan perincian lubang kunci dan beg tangan perhiasan anatomi Schiaparelli hitam. Penyanyi itu juga menyarungkan sepasang cermin mata hitam emas dengan bingkai berbentuk mata dan kening bersama anting-anting emas, menyatukan ensembel edgy itu.
6. Karlie Kloss
Supermodel, ibu dan Pengasas Kode Bersama Klossy, Karlie Kloss hadir ke Schiaparelli dengan menarung sut berjalur biru dan putih bersama kot hitam panjang di luar. Karlie melengkapkan gayanya dengan cermin mata hitam bujur dan tas tangan dengan corak 3d bibir.
7. Sabina Jakubowicz
Model Sabina Jakubowicz, hadir dengan gaya yang berani, memakai gaun maxi merah menjerit dipasang dengan ruching yang bercantum mengelilingi kepalanya. Sabina melengkapkan gayanya dengan memakai cermin mata emas, gelang statement sama padan cermin matanya dengan kasut tumit tinggi dengan perincian berona emas di hadapannya.
8. Carla Bruni
Carla menyuntik look glamor dalam kot kontemporari yang menampilkan perhiasan emas dan reka bentuk lubang kunci khas Schiaparelli. Melengkapkan gayanya, Carla memakai sarung tangan hitam, aksesori anting-anting bersama cermin mata hitam, pantyhose bercorak dan kasut tumit tinggi sama padan rona looknya.
9. Gessica Kayane
Gessica Kayane, menggayakan estetika balet yang popular untuk pertunjukan haute couture Schiaparelli. Dia memakai gaun baldu merah tanpa tali dengan pinggang yang seakan tutu. Dia melengkapkan penampilannya dengan seluar ketat merah, choker emas, anting-anting emas tebal, sarung tangan hitam dan sepatu tumit tinggi berona hitam sama padan.
10. Natalia Vodianova
Natalia Vodianova hadir dengan elegen memakai all-white, helaian atasnya ala-ala blazer yang diikat di bahagian depan dan panjang bersama seluar paras lutut. Natalie melengkapkan gayanya dengan perincian emas, anting-anting dan gelang bersama tas tangan silver dan kasut tumit tinggi.
11. Sabrina Elba
Sabrina kelihatan bergaya dalam dua helai putih yang menampilkan seluar putih paras betis, dan jaket panjang. Dia melengkapkan gayanya dengan anting-anting emas, tas tangan dan kasut tumit tinggi berona hitam bersama perincian emas.
Baca: 11 Gaya Karpet Merah Emmy Awards 2024, Yang Menarik Dan Bosan!