Acara pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan, kini kembali. Lihat gaya selebriti & supermodel A-listers yang kembali menghiasi permaidani merah jambu Victoria Secret Fashion Show 2024.
Victoria Secret Fashion Show sering menjadi tumpuan ramai, bukan hanya kerana fesyen pakaian dalam yang dipamerkan, tetapi juga penampilan selebriti yang mencuri perhatian.
Kali terakhir dipentaskan pada 2018, Victoria Secret kembali dengan misi dan imej pentas pakaian dalam baharu, dimana saiz model besar turut ‘mendunia’ pentas peragaan itu. Selebriti terkenal turut diundang dengan gaya tersendiri, dari busana mewah hingga pilihan fesyen yang berani dan trend.