Acara langsung berprestij tahunan ke-96 kini kembali, Oscar 2024 menampilkan penerima calon anugerah yang sengit dan barisan fesyen selebriti yang memukau di pawagam di Teater Dolby, Los Angeles.
Gaun kemerlapan Anya Taylor-Joy oleh Dior hingga kepada gaun labuci Zendaya yang mempamerkan keanggunan hitam dengan percikan merah jambu segar menghiasi permaidani karpet merah Oscar 2024. Oh, turut memukau gaun metalik Balenciaga yang disarung oleh Michelle Yeoh dengan siluet drape dibelakang kepada gaya memukau selebriti Ariana Grande dalam busana momen couture hasil Giambattista Valli berwarna merah jambu menjadi idaman kalbu EH!