Governors Awards 2024 mempersembahkan momen memukau di karpet merah, dengan para selebriti menampilkan pelbagai gaya fesyen yang mengagumkan.
Acara Penganugerahan Governors Awards adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), bertempat di Grand Ballroom, Hollywood and Highland Center di kawasan Hollywood, Los Angeles. Acara ini meraikan tiga anugerah berprestij yang melambangkan pencapaian seumur hidup dalam industri perfileman iaitu Academy Honorary Award, Jean Hersholt Humanitarian Award, dan Irving G. Thalberg Memorial Award.
Acara Governors Awards yang pertama diadakan pada 14 November 2009. Sebelum itu, ketiga-tiga anugerah ini diberikan semasa acara utama Anugerah Akademi, namun kini ia hanya disebut secara ringkas dan disertai penampilan penerima anugerah selepas paparan montaj daripada majlis Governors Awards. Sejak itu, majlis ini telah berkembang menjadi acara berprestij yang dinanti-nantikan, lengkap dengan karpet merah dan menjadi tumpuan utama dalam industri perfileman.
Angelina Jolie and Knox Jolie-Pitt

Angelina Jolie hadir ke karpet merah bersama anak lelakinya, Knox Jolie-Pitt dalam persalinan Kit Vintage.
Knox pula menyarung tuksedo klasik, agak simple, tapi cukup kemas dan segak.
Jennifer Lawrence

Menampilkan baby bump-nya, Jennifer Lawrence menyarung gaun coklat yang melekap, rekaan Bottega Veneta sambil memegang beg clutch emas bersama perhiasan Ana Khouri.
Jennifer melengkapkan gayanya dengan menyarung sandal Manolo Blahnik.
Olivia Rodrigo

Wajah baharu Lancome, Olivia Rodrigo hadir dengan penampilan cukup elegan. Olivia menyarung gaun tanpa lengan berona hitam dan menambah sentuhan merah menjerit pada bibir dan kukunya untuk menonjolkan gayanya malam itu.
Margaret Qualley

Pelakon The Substance, Margaret Qualley hadir dalam gaun serba putih rekaan Chanel musim Luruh/Panas 2022 Couture.
Demi Moore

Demi Moore, juga pelakon The Substance menyarung gaun hitam tanpa lengan rekaan Givenchy musim Luruh-Dingin 2024 read-to-wear
Demi melengkapkan gayanya denga menyarung kasut tumit tinggi Aquazzura, dan perhiasan yang cukup menangkap mata daripada Sartoro Genève jewelry.
Natalie Portman

Shailene Woodley

Margot Robbie

Emma Stone

Florence Pugh

Rosamund Pike

Jennifer Lopez

Jennifer Lopez, tampil memukau di karpet merah. Penyanyi dan pelakon itu dilihat mengenakan gaun perak metalik berhias manik, rekaan Zuhair Murad musim Luruh/Dingin 2024 Couture sambil membawa clutch hitam.
Selena Gomez

Selena Gomez menyarung gaun hitam panjang yang berkilauan membaluti baju kolar putih rekaan Ralph Lauren. Penampilannya dilengkapkan dengan anting-anting perak menjuntai daripada Boucheron, menambahkan sentuhan glamor pada gaya klasiknya.
Lily-Rose Depp

Lily-Rose Depp, hadir dengan penuh elegan dalam gaun meleret rekaan Chanel musim Luruh/Dingin 2018.
Baca: Gaya Para Wanita di Karpet Merah GQ Men of The Year 2024